Projektor mini kini menjadi pilihan ramai oleh kerana saiznya yang kompak malah boleh menawarkan pengalaman tontonan yang menarik khususnya pada ruangan kecil. Saiznya yang kecil sememangnya memudahkan pengguna untuk membawa projektor mini ke mana-mana tempat.

Menerusi penawaran pelbagai model projektor mini di dalam talian pastinya membuatkan anda sukar untuk membuat pilihan. Pada kali ini, kami akan senaraikan 6 projektor mini terbaik dan berpatutan di Malaysia pada tahun ini.

1. Wanbo Mini Portable Projector T2 Max

Sumber Gambar: Shopee

Wanbo mini projektor merupakan antara projektor yang mampu menawarkan resolusi sehingga 4K yang pastinya memberikan gambar lebih terang dan jelas. Model ini juga mempunyai sistem Android yang sedia terbina dalamnya serta memori 1GB RAM dan storan dalaman 16GB. Model ini turut ditawarkan dengan dua pembesar suara untuk memainkan audio konten dengan jelas.

Projektor ini mampu menyokong aplikasi pihak ketiga seperti Netflix, YouTube, Facebook dan sebagainya. Pengguna juga boleh memaparkan konten peranti lain menggunakan fungsi Miracast. Untuk memudahkan memainkan sesuatu konten menerusinya, ia hadir dengan sokongan bluetooth dan juga sambungan WiFi.

Selain itu, model ini juga mempunyai antara saiz pancaran terbesar iaitu 40-inci ke 120-inci yang pasti menjanjikan pengalaman tontonan yang immersif di dalam suatu ruangan. Sekiranya anda berminat dengan projektor keluaran Xiaomi ini, anda boleh dapatkan pada harga RM379 sahaja menerusi Shopee.

Beli Sekarang Wanbo Mini Portable Projector T2 Max

2. Blitzwolf Mini LED WiFi Projector

Sumber Gambar: Shopee

Seterusnya, model ini bakal menawarkan tontonan yang baik dengan kebolehan pelarasan pancaran sehingga 180 inci. Visual yang dihasilkan juga lebih jelas dan vibran dengan kecerahan lampu LED sehingga 5,000 lumen. Model ini menyokong jarak pancaran sehingga 5 meter yang pasti boleh memaparkan konten pada ruangan yang luas tanpa sebarang masalah.

Terdapat fungsi screen mirroring yang boleh diakses menerusi WiFi untuk memaparkan konten peranti lain. Projektor ini hadir dengan ciri pembiasan cahaya supaya mata lebih selesa untuk menonton pada tempoh yang lama. Selain itu, projektor ini disertakan sejumlah sambung port yang merangkumi HDMI, USB, TF Card dan bicu audio 3.5mm.

Rekaannya sangat menarik serta kompak yang membuatkan ianya mudah dibawa ke mana-mana. Sebuah pembesar suara yang terbina boleh menghasilkan audio yang baik tanpa bantuan alat audio tambahan. Anda boleh dapatkan projektor jenama keluaran Blitzwolf pada tanda harga RM332 menerusi Shopee.

Beli Sekarang Blitzwolf Mini LED WiFi Projector

3. 6,000 lumens Android Mini Projector

Sumber Gambar: Shopee

Ini sebuah lagi projektor yang mempunyai sistem Android dan sambungan WiFi yang terbina di dalamnya. Ini bermakna anda boleh terus menonton kandungan seperti Netflix atau YouTube tanpa perlu pasang dengan Android Box lain. Di samping itu, saiz pancarannya boleh mencecah sehingga 120 inci malah menyokong resolusi 1080P.

Kadar kecerahan sehingga 6,000 lumens yang pastinya memaparkan konten dengan lebih jelas dan tajam. Bahan binaan pula diperbuat daripada plastik berkualiti tinggi untuk memberikan ketahanan tinggi. Jarak pancaran sehingga 3.2 meter tetapi disarankan pada 2.1 meter dalam mendapatkan kualiti tontonan yang baik.

Untuk memudahkan pelarasan dibuat, ianya turut hadir dengan alat kawalan jauh. Pembesar suara yang menyokong audio Dolby bakal menjanjikan bunyi yang dihasilkan lebih realistik sewaktu sesi tontonan. Anda boleh dapatkan mini projektor dengan bermula harga RM 239 melalui Shopee.

Beli Sekarang 6000 lumens Android Mini Projector

4. YG23 Mini Portable Projector

projektor mini
Sumber Gambar: Shopee

Projektor mini ini juga menawarkan sejumlah ciri yang menarik menerusinya yang pasti berbaloi didapatkan oleh anda. Model YG23 ini boleh memancarkan sehingga 100-inci luasnya berserta dengan resolusi 1080P yang bakal memberikan pengalaman tontonan mengujakan. Kehadiran lampu yang mempunyai 1,400 lumen boleh menghasilkan gambar yang cantik.

Di samping itu, projektor ini juga boleh memancarkan visual sejauh 5 meter di mana pengguna boleh mendapatkan visual yang lebih besar serta ianya boleh disorokkan pada ruangan belakang penonton. Ciri menarik yang turut disertakan termasuklah kebolehan menyokong konsol permainan Sony PS4 dan Xbox yang boleh memancarkan permainan menerusinya.

Spesifikasi lain yang hadir seperti port USB, HDMI, slot kad mikro SD dan bicu audio 3.5 mm. Di samping itu, pembesar suara HiFi sudah terbina menerusinya dapat memberikan audio yang jelas. Anda boleh dapatkan model YG23 mini projektor ini pada harga RM219 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang YG23 Mini Portable Projector

5. Vistek Full HD Projector

projektor mini
Sumber Gambar: Shopee

Ini antara salah satu model projektor mini yang boleh dipertimbangkan dengan penawaran harga berbaloi. Projektor Vistek ini masih mampu menawarkan kualiti visual yang baik serta boleh dilaraskan keluasan pancaran sehingga 150 inci. Ditambah pula dengan sokongan pelbagai format fail video dan gambar yang pasti memudahkan pengguna untuk memasang sebarang konten padanya.

Kehadiran sistem perisian Android bersama sambungan bluetooth berpeluang menambahkan pengalaman penggunaan yang lebih menyeronokkan kerana terdapat sokongan aplikasi pihak ketiga dan sebarang peranti bluetooth boleh disambungkan dengan mudah. Terdapat butang fokus yang boleh digunakan untuk mendapatkan visual yang lebih tajam.

Rekaannya pula tampak seperti premium malah diperbuat daripada plastik yang kukuh menjadikan ianya tahan lasak bagi penggunaan jangka masa panjang. Sokongan audio Dolby pasti menjanjikan bunyi yang dihasilkan seperti di pawagam. Sekiranya anda berminat dengan projektor mini berkenaa, boleh dapatkan pada harga serendah RM169 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang Vistek Full HD Projector

6. MiniBeam Ultra Portable Projector

projektor mini
Sumber Gambar: Shopee

MiniBeam merupakan projektor yang paling mampu milik di dalam senarai ini. Yang menariknya, projektor mini ini hadir dengan saiz sebesar tapak tangan sahaja namun masih mampu memberikan pencahayaan dan kualiti yang baik. Saiz penyelarasan terbaik antara 20 inci sehingga 60 inci dengan kecerahan sehingga 400 lumen.

Terdapat satu pembesar suara yang terbina di dalamnya namun bunyi yang dihasilkan agak perlahan. Kehadiran lubang USB membolehkan sambungan dibuat kepada laptop mahupun telefon pintar dengan mudah. Selain itu, pengguna boleh menggunakan fungsi screen mirroring untuk memaparkan konten menerusi telefon pintar secara langsung.

Bagi memastikan penggunaan yang lebih panjang, terdapat juga kipas yang terbina serta beroperasi dengan senyap. Ditambah pula kemampuan mengecas peranti lain yang menjadikan projektor ini sebagai powerbank sekaligus.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan projektor mini yang serba lengkap pada harga mampu milik, ianya dijual pada harga serendah RM 139 sahaja menerusi Shopee.

Beli Sekarang MiniBeam Ultra Portable Projector

Kini anda sudah boleh memiliki sebuah projektor mini mampu milik yang mampu menawarkan pengalaman tontonan yang menyeronokkan. Projektor yang disenaraikan juga mempunyai maklum balas yang baik yang pastinya membuat anda lebih yakin untuk mendapatkannya.

Sementara itu, anda juga boleh mengetahui headphone berbaloi yang sesuai digunakan untuk kerja dan belajar di rumah.

6 Headphone Berbaloi Yang Sesuai Digunakan Untuk Kerja Dan Belajar Secara Dalam Talian

Tip ‘Vlog Setup’ Bawah RM70 Untuk Hasilkan Konten Video Seperti Profesional

Sumber