6 Peralatan Penting Yang Diperlukan Untuk Menjadi TikToker Yang Berjaya

Bukan suatu kerja yang mudah untuk menjadi pembuat konten yang berjaya terutamanya di TikTok. Anda perlu mendapatkan sejumlah peralatan penting TikTok untuk menjadikan konten tampak lebih menarik dan profesional.

TikToker sudah menjadi satu kerjaya yang diidamkan ramai oleh kerana boleh berkerja secara fleksibel dalam masa yang sama menjana pendapatan yang lama. Sekiranya anda berminat untuk memulakan kerjaya ini, kami sedia senaraikan enam pilihan peralatan penting TikTok yang perlu didapatkan terlebih dahulu.

1. ULANZI Mini LED Video Light

Sumber Gambar: Shopee

Pertama sekali, anda perlu mendapatkan lampu LED  mini tambahan yang boleh dipasang pada pemegang telefon. Fungsi lampu tambahan ini bagi menghasilkan tona cahaya yang natural pada video yang dirakam. Secara tidak langsung, video anda mempunyai tona yang konsisten dan kelihatan profesional apabila ditonton.

Lampu ini dilengkapi dengan bateri sebesar 2000mAh dengan jangkaan penggunaan sehingga lima jam. Terdapat beberapa mod cahaya yang boleh dilaras mengikut kesesuaian pengguna dan keadaan sekeliling. Menariknya, ia mempunyai sokongan memasang beberapa lampu tambahan bagi menerangi kawasan yang lebih luas.

Kini anda boleh mendapatkan lampu LED mini yang berkualiti tinggi oleh Ulanzi menerusi Shopee dengan harga serendah RM29 sahaja.

Beli Sekarang ULANZI Mini LED Video Light

2. Feiyu Vlog Pocket 2 Gimbal Stabilizer

Sumber Gambar: Shopee

Kemudian, anda mesti padankan pula dengan gimbal untuk menjadikan setiap kandungan tampak lebih profesional. Feiyu Vlog Pocket 2 ini bukan sahaja ringan untuk dibawa kemana-mana malah boleh dimuatkan pada ruangan kecil. Gimbal ini juga mempunyai beberapa ciri menarik untuk memberikan efek seperti video yang trending.

Selain menstabilkan video yang dirakam, terdapat fungsi Zoom Control untuk mengezum lebih dekat atau jauh pada sesuatu objek. Di samping itu, gimbal ini boleh mengesan dan mengikuti setiap pergerakan yang sedang dilakukan dengan lancar. Terdapat aplikasi Feiyu dapat memudahkan anda mengakses pelbagai fungsi dan kawalan.

Feiyu Vlog Pocket 2 Gimbal Stabilizer sedia ditawarkan pada harga RM288 hanya di Shopee.

Beli Sekarang Feiyu Vlog Pocket 2 Gimbal Stabilizer

3. Multi Light Collapsible Disc Light Reflector 

Sumber Gambar: Shopee

Seterusnya, anda memerlukan reflector dan diffuser untuk menambahkan lagi sentuhan yang lebih mantap kepada hasil akhir gambar. Menerusi alatan ini, anda boleh memanipulasi cahaya dengan mood atau tema tersendiri terhadap keseluruhan gambar.

Penggunaan kedua-dua alat ini mampu menghasilkan gambar yang lebih natural dan sedap dipandang oleh orang. Di samping itu, cahaya yang berlebihan boleh dibiaskan supaya gambar tidak terlalu terang. Anda turut boleh memantulkan cahaya kepada produk sekiranya sumber cahaya yang terhad di sesuatu kawasan.

Anda boleh dapatkn reflector  dengan harga serendah RM18.90 sahaja melalui Shopee.

Beli Sekarang Multi Light Collapsible Disc Light Reflector 

4. Portable Live Broadcast Tripod Phone 

Sumber Gambar: Shopee

Antara peralatan yang anda perlu pertimbangkan juga adalah tripod. Kaki tripod ini boleh dilaraskan bagi mendapatkan pelbagai jarak yang berlainan pada video tersebut. Tripod ini sangat fleksible dengan kebolehan diputarkan pada sebarang sudut dengan mudah.

Rekaan yang kompak menjadikan ia mudah untuk dibawa ke mana-mana serta disimpan pada ruang yang kecil. Majoriti telefon pintar boleh dipasang pada tripod berkenaan dan boleh beroperasi dengan mudah.

Sekianya anda masih belum mempunyai tripod, kini terdapat penawaran di Shopee berharga RM4.10.

Beli Sekarang Portable Live Broadcast Tripod Phone 

5. Lapel Lavalier Microphone

Sumber Gambar: Shopee

Anda juga mesti mendapatkan mikrofon ini kerana mampu menawarkan kualiti yang baik dengan beberapa ciri menarik padanya. Anda bukan sahaja boleh menggunakan mikrofon ini secara berterusan selama tujuh jam lamanya, malahan boleh memastikan transmisi audio sentiasa dalam keadaan baik dalam jarak 15 meter.

Selain itu, anda boleh melaraskan mikrofon berkenaan untuk mod senyap dan pengurangan hingar menerusi butang sahaja di samping mampu merakam dengan jelas menerusinya. Rekaan yang ergonomik sekaligus memudahkan pengendalian mikrofon tersebut ketika digunakan dalam aktiviti seharian.

Anda boleh dapatkan Lapel Lavalier Microphone ini pada harga serendah RM49 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang Lapel Lavalier Microphone

6. Xenvo Pro Lens Kit

Sumber Gambar: Shopee

Akhir sekali, Xenvo Pro Lens Kit menampilkan pelbagai lensa serba canggih padanya yang menjadikan pengalaman fotografi anda ke tahap profesional. Anda boleh mengambil pemandangan landskap dengan sudut pandangan sehingga 140° menerusi lensa ultra lebarnya 0.45X.

Lensa makro pula boleh dizum sehingga 15X sekaligus menghasilkan gambar yang lebih jelas untuk jarak dekat. Menariknya, lensa ini juga hadir dengan lampu LED yang boleh dilaras untuk membantu mendapatkan sumber cahaya yang baik sekiranya berada di lokasi yang gelap.

Kini anda boleh dapatkan Xenvo Pro Lens Kit dengan harga RM299 melalui Shopee.

Beli Sekarang Xenvo Pro Lens Kit

Dengan persediaan peralatan penting TikTok yang selengkapnya dapat memudahkan lagi penghasilan konten anda. Malah, peralatan-peralatan ini juga sangatlah kompak sekaligus mudah dibawa ke mana sahaja. Kandungan yang dihasilkan juga dijamin tampil lebih profesional dan estetik jika menggunakan peralatan dengan baik.

Selain dariapada itu, anda mestilah mendapatkan powerbank dengan sokongan pengecasan pantas untuk melancarkan aktiviti seharian anda.

5 Powerbank Dengan Sokongan Fast Charging Yang Boleh Dapatkan Dengan Harga Mampu Milik

Lebih Selamat Dan Praktikal, Ini 5 USB Extension Plug Yang Sedia Ditawarkan Di Shopee

Sumber
Exit mobile version