Memiliki powerbank dengan fast charging sememangnya dapat memudahkan aktiviti seharian lebih-lebih lagi untuk mereka yang mempunyai profesion yang perlu menggunakan telefon untuk mencipta konten dan seumpamanya. Malah, anda boleh mengecas peranti untuk terus beroperasi walau di mana jua.

Dengan perkembangan teknologi semasa, powerbank dengan sokongan fast charging oleh jenama terkemuka sudah semakin banyak dijual di dalam pasaran. Kini anda boleh mengetahui lima pilihan powerbank ini dengan harga berpatutan yang ditawarkan di Shopee.

1. PINENG PN-961 PDP

powerbank fast charging
Sumber Gambar: Shopee

Jenama terkemuka, PINENG kini sedia menawarkan sebuah powerbank yang berkuasa dengan harga mampu milik. Model ini hadir dengan kapasiti 10,000 mAh bersama tiga output yang menyokong Quick Charge 3.0. Saiznya yang kompak turut dapat dimuatkan pada ruang yang kecil serta boleh dibawa dengan mudah.

Menariknya, terdapat paparan skrin LED yang akan memaparkan tahap bateri powerbank bersama status arus elektrik output dan input yang sedang digunakan. Tambahan pula, model ini juga dilengkapi dengan teknologi pengecasan terkini yang dapat memastikan setiap pengecasan adalah selamat dan efisien.

Anda boleh dapatkan powerbank keluaran PINENG pada harga serendah RM45.90 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang PINENG PN-961 PD

2. Xiaomi Mi Powerbank 3 

Sumber Gambar: Shopee

Antara pilihan terbaik yang orang ramai gunakan juga adalah Xiaomi Mi Powerbank 3. Bukan hanya menampilkan rekaan yang minimalis, bahkan boleh mengecas dua peranti sekaligus dengan pengecasan pantas 18W. Dengan kapasiti 10,000mAh, anda boleh mengecas beberapa peranti dengan mudah di dalam seharian.

Malah, anda boleh mengecas penuh Mi Powerbank ini dengan cepat kerana turut menyokong pengecasan pantas. Untuk memudahkan anda melihat tahap kuasa powerbank, ia hadir dengan lampu LED sebagai penunjuk. Selain itu, generasi kali ini juga telah dinaik taraf ciri keselamatan litar di dalamnya untuk menjamin keselamatan sepanjang penggunaan.

Xiaomi Mi Powerbank 3 ini boleh didapatkan dengan harga RM55.90 menerusi Shopee hari ini.

Beli Sekarang Xiaomi Mi Powerbank 3 

3. Kenda 3C Fast Charging Powerbank

powerbank fast charging
Sumber Gambar: Shopee

Seterusnya, anda boleh mendapatkan sebuah powerbank yang boleh menjamin setiap peranti dicas penuh kerana ia dilengkapi dengan kapasiti sebesar 100,000mAh. Oleh itu, anda boleh menjangkakan powebank ini akan lebih berat dan sesuai untuk disimpan di dalam beg atau pun diletakkan pada satu tempat khas sewaktu pengecasan peranti.

Model ini juga mempunyai skrin LED mini yang memaparkan kapasiti sisa kuasa yang boleh digunakan serta telah dinaik taraf cip litar elektronik dalam memastikan keselamatan pengguna. Selain boleh dijadikan pengecas, model ini hadir dengan lampu LED pada bahagian atas yang berfungsi sebagai lampu suluh.

Kini anda berpeluang mendapatkan Kenda 3C Fast Charging Powerbank yang berharga RM79 di Shopee hari ini.

Beli Sekarang Kenda 3C Fast Charging Powerbank

4. Aukey PB-WL02 Fast Charging Powerbank 

Sumber Gambar: Shopee

Aukey PD Fast Charging Powerbank ini juga menjadi rebutan ramai oleh kerana kualiti binaan yang baik serta fungsi menarik yang dimuatkan. Selain menyokong Quick Charge 3.0 menerusi kabel pengecas, ia juga hadir dengan pengecasan secara wireless yang boleh digunakan oleh peranti.

Menariknya, terdapat stand yang boleh dilaras untuk menyokong telefon pintar sewaktu pengecasan secara wireless. Jadi, anda boleh menonton video tanpa perlu memegang telefon yang sedang dicas. Seperti model-model lain, model ini juga hadir dengan ciri keselamatan yang telah disahkan oleh pihak berkaitan sebelum dipasarkan kepada anda.

Anda boleh dapatkan powerbank kelauran Aukey yang serba fungsi ini pada harga RM105 di Shopee.

Beli Sekarang Aukey PD Fast Charging Powerbank 

5. Mcdodo MC-864 Fast Charging Powerbank

Sumber Gambar: Shopee

Akhir sekali, anda mempertimbangkan model MC-864 yang turut hadir dengan pengecasan pantas secara berwayar mahu pun wireless. Rekaan yang kompak menjadikan powerbank ini sangatlah mudah untuk dibawa sewaktu pengecasan peranti. Kepantasan pengecasan untuk wayar mencecah 20W dan secara wireless sekitar 18W.

Untuk memastikan peranti yang dicas menerusi wireless sentiasa dijamin keselamatannya, pihak Mcdodo meletakkan magnet yang kuat pada bahagian badan powerbank tersebut. Di samping itu, kapasti sebesar 10,000 mAh boleh menyokong pengecasan beberapa peranti dalam satu-satu masa.

Kini model MC-864 ini sedia ditawarkan pada harga RM118 melalui Shopee hari ini.

Beli Sekarang Mcdodo MC-864 Fast Charging Powerbank

Berdasarkan senarai pilihan powerbank yang dinyatakan di atas, model Aukey PD Fast Charging Powerbank ini dilihat sangat berbaloi oleh kerana sejumlah ciri menarik yang ditawarkan padanya bersama kualiti binaan yang kukuh. Yang paling penting sekali, ia boleh menyokong pengecasan pantas secara berwayar dan wireless menerusinya.

Selepas ini, anda sudah tidak perlu risau lagi jika peranti berada di dalam bateri yang lemah kerana dengan memiliki powerbank ini dapat mengecas dengan pantas. Ditambah pula dengan ciri keselamatan yang sudah terjamin sekaligus boleh memastikan setiap peranti berada dalam keadaan selamat dan boleh digunakan dalam tempoh yang lama.

Dalam pada itu, anda juga boleh mengetahui sejumlah pilihan laptop mampu milik yang boleh didapatkan di bawah RM3,000 sahaja menerusi Shopee.

5 Laptop Mampu Milik Yang Anda Boleh Dapatkan Di Bawah RM3,000 Menerusi Shopee

Kukuh Dan Berkualiti, Ini 5 Pemegang Telefon Berbaloi Untuk Anda Dapatkan Di Shopee

Sumber