Alangkah mudahnya menggunakan extension plug yang sudah hadir bersama port USB. Dengan memiliki USB extension plug, anda boleh mengecas beberapa peranti sekaligus dengan mudah.

Pada hari ini, anda sudah boleh mendapatkan sebuah USB extension plug dengan harga berpatutan serta terjamin keselamatannya. Mari kita lihat lima pilihan USB extension plug yang boleh didapatkan di Shopee.

1. LDNIO SC3604 Power Strip

usb extension plug
Sumber Gambar: Shopee

Pertama sekali, anda boleh mencuba model LDNIO SC3604 yang mana bukan sahaja berbaloi malah hadir dengan sejumlah port yang boleh digunakan. SC360 ini mempunyai tiga soket kuasa serta enam port jenis A yang menghasilkan kuasa output 3.4A Volt. Malah, ia juga hadir dengan ciri keselamatan untuk mengelakkan litar pintas.

Bukan itu sahaja, terdapat satu butang kuasa khas yang mudah diakses apabila mahu dimatikan. Susunan port dan soket kuasa yang sistematik boleh memastikan setiap peranti boleh menggunakan extension plug tersebut dengan mudah.

Anda boleh dapatkan LDNIO SC3604 Power Strip dengan harga RM34.90 sahaja di Shopee.

 Beli Sekarang LDNIO SC3604 Power Strip 

2. Moxom MX-ST06 Wall Extension Plug

usb extension plug
Sumber Gambar: Shopee

Model MX-ST06 ini menampilkan sebanyak empat soket kuasa serta enam port USB jenis A dan juga dua USB port jenis Cuntuk kegunaan seharian. Selain itu, rekaan yang ergonomik boleh memudahkan anda membawa ke mana sahaja malah mempunyai wayar sepanjang dua meter untuk capaian yang lebih jauh.

Dari segi keselamatan pula, MX ST06 mempunyai papan litar pintar untuk memastikan pengaliran arus elektrik yang stabil dan efisien bagi setiap peranti. Menariknya, anda juga melekatkan extension ini pada dinding tanpa sebarang masalah.

Kini anda boleh dapatkan model MX-3T06 ini pada harga RM44.30 melalui Shopee hari ini.

Beli Sekarang Moxom MX-ST06 Wall Extension Plug

3. Philips Extension Power Strip 

Sumber Gambar: Shopee

Seterusnya, antara pilihan pengguna di dalam pasaran hari ini adalah Philips Extension Power Strip. Model ini mempunyai empat soket kuasa serta dua dengan pilihan wayar mencecah tiga meter. Rekaannya yang panjang membuatkan ia hanya sesuai untuk diletakkan pada satu kawasan tanpa diubah.

Untuk ciri keselamatan pula, Philips menggunakan kabel dalaman yang diperbuat daripada timah tulen agar lebih tahan lasak untuk kegunaan jangka masa panjang. Model ini juga boleh menyokong sebarang perkakasan atau peranti yang mahu digunakan menerusinya. Ditambah pula terdapat butang khas pada setiap soket kuasa agar boleh mudah dikawal oleh pengguna.

Phlips Extension Power Strip ini sedia ditawarkan di Shopee dengan harga RM72.90 sahaja.

Beli Sekarang Phlips Extension Power Strip 

4. TP-Link Kasa KP303 Power Extension Plug

Sumber Gambar: Shopee

TP-Link juga sedia menawarkan sebuah extension yang minimalis serta serba guna dengan harga berpatutan. Model KP303 ini hadir dengan tiga soket kuasa utama dan dua port USB jenis A yang boleh digunakan untuk pejabat dan rumah. Ditambah pula ciri perlindungan litar pintas untuk perkakasan elektronik terutamanya sewaktu kilat menyambar secara tiba-tiba.

Menariknya, model ini mempunyai ciri pintar seperti arahan menggunakan Alexa atau Google Assistant untuk menghidupkan atau mematikan perkakasan elektronik menerusi suara sahaja. Malah, anda boleh tetapkan tempoh penggunaan sesuatu perkakasan elektronik menerusi aplikasi KASA.

Jika anda mahu dapatkan model TP-Link Kasa KP303 Power Extension Plug ini, kini dijual dengan harga RM149 di Shopee.

Beli Sekarang TP-Link Kasa KP303 Power Extension Plug

5. Belkin Power Extension Strip

Sumber Gambar: Shopee

Akhir sekali, Belkin juga menawarkan sebuah extension yang lebih berkuasa untuk kegunaan perkakasan elektronik yang besar seperti TV, sistem stereo dan banyak lagi. Model ini mempunyai empat soket kuasa serta dua USB jenis A berserta ciri perlindungan padanya.

Model ini juga menggunakan komponen serta kabel yang berkualiti tinggi untuk memastikan keselamatan yang terjamin malahan mampu menampung arus yang tinggi dalam satu-satu masa. Rekaannya juga sangat pratikal berserta susunan soket kuasa dan port yang strategik.

Anda boleh dapatkan USB extension plug keluaran Belkin ini dengan harga RM151 di Shopee.

Beli Sekarang Belkin Power Extension Strip

Berdasarkan pilihan di atas, model TP-Link Kasa KP303 Power Extension Plug ini sangat berbaloi untuk didapatkan oleh kerana penawaran jumlah soket dan port USB yang optimum dan paling penting sekali ciri keselamatan berserta rekaan yang ergonomik untuk dimuatkan pada sebarang ruangan. Ciri pintar yang turut hadir menjadi bonus buat anda.

Boleh dikatakan majoriti kita sudah mulai menggunakan lebih banyak peranti pada hari ini. Jadi, sangatlah wajar untuk dapatkan sebuah USB extension plug yang lebih pratikal dan selamat untuk kegunaan seharian.

Selain itu, anda juga mengetahui boleh sejumlah pilihan smartphone yang berbaloi untuk didapatkan di bawah RM1,000 menerusi Shopee.

6 Smartphone Berbaloi Yang Boleh Anda Dapatkan Dengan Harga Di Bawah RM1,000

6 Smartwatch Mampu Milik Yang Boleh Anda Dapatkan Dengan Harga Serendah RM39.70 Di Shopee

Sumber