Kemajuan teknologi kini telah membolehkan penghasilan gajet kesihatan yang bertaraf klinikal mampu dimiliki oleh orang ramai. Setiap individu berpeluang untuk mendapatkan akses fasiliti kesihatan tanpa perlu pergi ke hospital lagi.

Pelbagai jenis gajet kesihatan yang ditawarkan dalam pasaran yang telah diiktiraf secara rasmi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri. Berikut merupakan enam gajet kesihatan yang perlu ada pada setiap rumah ketika pandemik Covid-19.

1. Pulse Oximeter

gajet kesihatan
Sumber Gambar: Medisana

Pertama sekali, anda perlu ada pulse oximeter di rumah kerana ia mampu menguji tahap oksigen dalam darah. Alat bacaan oksigen ini akan diletakkan pada hujung jari dan dengan gunakan pembiasan lampu inframerah untuk mengukur tahap saturasi darah serta kadar nadi seseorang.

Memandangkan jangkitan COVID-19 akan menyerang bahagian paru-paru yang mengakibatkan pengagihan oksigen dalam saluran darah menjadi rendah, bantuan peranti ini boleh mengesan tahap oksigen yang rendah lalu anda boleh dapatkan rawatan dengan lebih awal di hospital.

Antara jenama pulse oximeter yang sudah mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia adalah Medisana. Produk ini telah dilengkapi dengan paparan OLED berwarna serta tujuh mod tetapan untuk bacaan Sp02 dan paramater oksigen. Anda boleh dapatkan pada harga serendah RM 98.99 sahaja di Shopee.

Beli Medisana Pulse Oximeter

2. Termometer digital

gajet kesihatan
Sumber Gambar: Omron

Salah satu simptom COVID-19 juga adalah suhu badan yang melebihi 37.8C. Kehadiran termometer digital dapat memudahkan anda menyemak suhu badan pada setiap hari. Setiap termomoter akan diletakkan pada beberapa bahagian badan dan sensor akan membaca apabila bersentuhan pada bahagian tersebut.

Terdapat pelbagai jenis termometer yang boleh didapati dalam pasaran dan semestinya ia perlu mengukur dengan tepat serta telah diiktiraf oleh pihak klinikal terlebih dahulu. Bacaan suhu juga boleh dihasilkan dalam jangka masa yang singkat. Perlu diingatkan cara anda meletakkan alat ini bakal mempengaruhi ketepatan bacaan tersebut.

Termometer digital yang dihasilkan oleh Omron juga telah mendapatkan kelulusan daripada klinikal Malaysia. Termometer ini boleh memgambil bacaan suhu yang tepat dengan cepat. Terdapat sokongan memori simpanan rekod suhu serta ciri kalis air. Sekiranya anda ingin dapatkan thermoter ini. ia dijual dengan tawaran harga RM8.90 di Shopee.

Beli Omron Digital Thermometer

3. COVID-19 test kit

gajet kesihatan
Sumber Gambar: Have Halal With Travel

Bagi mendapatkan lebih kepastian lagi sekiranya anda telah dijangkiti oleh COVID-19 atau sebaliknya, anda perlu sediakan COVID-19 test kit di rumah. COVID-19 test kit boleh menjadi alat penyaringan yang cepat untuk mendapatkan keputusan secara langsung. Kebiasaanya kit ini akan mengambil sampel air liur dan saluran nasal dan disimpan pada tiub yang tersedia.

Secara puratanya ketepatan keputusan menggunakan kit ini adalah 91% bagi yang positif dan 100% bagi yang negatif pula. Anda boleh dapatkan ujian kit yang telah diiktiraf oleh kementerian kesihatan Malaysia pada harga yang berpatutan di cawangan farmasi yang berdekatan ataupun dalam talian di laman yang dipercayai seperti Watsons.

4. Mesin tekanan darah

vocket-tech-gajet-5
Sumber Gambar: Shopee

Saat situasi yang genting pada ketika ini sangat sukar dalam mendapatkan akses mesin tekanan darah di hospital. Perkara ini pasti bakal memberi impak buat mereka yang memerlukan pemeriksaan berkala. Maka, sangat wajar jika anda mendapatkan sebuah mesin kadar tekanan di rumah bagi pemeriksaan kendiri pada setiap hari.

Mesin ini turut boleh digunakan oleh semua lapisan umur dalam mengesan hypertension di mana tekanan darah yang terlalu tinggi yang boleh memdorong ke penyakit kronik. Tekanan darah tinggi sangat merbahaya kerana boleh menjadi pembunuh secara senyap. Dengan pengesanan peringkat awal, anda boleh mendapatkan rawatan intensif yang sepatutnya.

Rossmax juga merupakan jenama yang terkenal dalam menawarkan alat diagnostik kesihatan bagi kegunaan awam. Mesin ini telah melepasi semua kriteria yang ditetapkan oleh European Society of Hypertension dalam mengesan simptom hypertension dengan tepat. Anda boleh dapatkan mesin ini dengan penawaran harga RM150 di Shopee.

Beli Rossomax X1 Blood Pressure Monitor

5. Mesin Nebulizer

Sumber Gambar: Jinghao medical

Mesin nebulizer juga mempunyai kepentingan bagi mereka yang menghidapi asma atau masalah respiratori yang lain dalam mendapatkan rawatan dengan cepat ke paru-paru. Mesin ini akan mengubah ubat cecair menjadi kabut yang sangat halus dan dihirup menerusi penutup mulut.

Bagi memastikan alat yang dibeli mempunyai kapasiti yang memenuhi keperluan kesihatan individu, preskripsi daripada doktor atau ahli farmasi diperlukan. Hal ini terdapat beberapa jenis ubat yang mempunyai fungsi tersendiri.

Terdapat pelbagai jenama yang ditawarkan bagi mesin nebulizer ini dalam memenuhi permintaan yang tinggi oleh pengguna ketika ini. Kini anda boleh dapatkan mesin nebulizer yang telah diiktiraf oleh institusi kesihatan Malaysia menerusi Shopee pada harga RM98.50 sahaja.

Beli Medical Compressor Nebulizer Machine

6. Nano spray gun

vocket-tech-gajet-8
Sumber Gambar: Shopee

Bagi perlindungan yang lebih efektif pada persekitaran, di sinilah nano spray gun akan membantu menghapuskan patogen di udara dan membersihkan kandungan udara. Kehadiran nano spray gun telah merevolusikan cara disinfeksi dengan hanya menyemburkan solusi sanitasi secara terus pada permukaan yang dapat menjimatkan masa dan tenaga.

Cara alat ini berkerja adalah dengan memanaskan larutan sanitasi sehingga menjadi kabut yang kering menerusi teknologi nano. Oleh kerana larutan telah menjadi kabut kering, anda tidak perlu risau untuk sanitasi peralatan elektronik dan ia boleh menembusi kawasan yang sukar dicapai. Rekaannya yang kompak sangat mudah untuk dibawa ke mana-mana.

Buat anda yang berminat, anda boleh dapatkan Nano Mist Spray Gun di Shopee pada harga RM20 sahaja. Sesuai untuk digunakan untuk sanitasi dengan lebih efektif dan mudah di kawasan rumah, kereta, tempat kerja dan sebagainya. Saiznya juga kompak serta ringan untuk dibawa bersama.

Beli Nano Mist Spray Gun

Penyediaan gajet kesihatan yang lengkap di rumah boleh memberikan akses fasiliti kesihatan dalam memantau kesihatan serta mendapatkan rawatan awal yang sewajarnya. Anda juga boleh memaklumkan kepada pihak hospital sekiranya mahu mendapatkan rawatan lebih lanjut.

Ketahui juga perbezaan ketepatan bacaan oksigen antara smartwatch dan pulse oximeter untuk kegunaan harian.

Perbezaan Ketepatan Bacaan Oksigen Antara Smartwatch Dan Pulse Oximeter

Kerap Alami Masalah Pitam, Lelaki Ini Kongsi Bagaimana Apple Watch Bantu Beliau Menjaga Kesihatan

Sumber