Kecanggihan teknologi smart home telah menjadikan sesebuah rumah lebih efisien, selesa dan mudah untuk aktiviti seharian. Kualiti kehidupan akan bertukar secara drastik dengan memasang sistem automasi rumah pintar.

Gadget dan barangan untuk smart home juga dilihat semakin berbaloi untuk didapatkan menerusi kepelbagaian jenama yang menawarkannya. Berikut merupakan senarai barangan yang boleh anda dapatkan untuk ubah rumah anda menjadi sebuah smart home.

Gadget yang perlu ada untuk menjadi Smart Home

1. Smart speaker
rumah pintar
Sumber Gambar: The Wired

Perkara yang penting untuk menjadikan rumah anda kepada smart home adalah dengan mendapatkan smart speaker. Sebuah smart speaker boleh menjadi pembantu digital rumah anda dan membenarkan untuk mengawal peranti pintar di dalam rumah. Antara smart speaker yang terbaik di pasaran buat masa ini adalah Amazon Echo dan Google Nest Audio.

Pembantu digital rumah ini boleh mengawal peranti lain yang berada di dalam rumah seperti memainkan muzik, membuat pembelian secara talian, menjawab soalan yang dilontarkan, membuat peringatan tugasan dan sebagainya. Terdapat perbezaan speaker di pasaran dari segi kualiti, harga, saiz dan sistem perisian pintar.

Jika anda berminat untuk menikmati fungsi ini, boleh dapatkan Xiaomi Mi Smart Speaker pada harga serendah RM185 di Shopee. Fungsi yang ditawarkan sama seperti smart speaker yang berjenama. Anda boleh mengarahkan perkakas atau peranti pintar dengan bantuan Google Assistant yang telah disediakan.

2. Smart hub
rumah pintar
Sumber Gambar: The Guardian

Sebahagian smart speaker tidak didatangkan dengan hub, jadi anda perlu mendapatkan smart hub untuk mengawal setiap peranti pintar yang berada di sekitar rumah. Smart hub dianggap sebagai otak atau kunci utama kepada sistem operasi smart home anda. Ia boleh mengawal semua peranti pintar rumah yang didatangkan dengan sistem protokol Zigbee atau Zwave.

Menariknya, anda mampu mengawal majoriti peranti pintar di dalam rumah dengan menggunakan satu aplikasi sahaja. Hal ini memudahkan anda untuk mengurus rumah pintar anda dengan lancar tanpa memerlukan berlainan aplikasi.

Syarikat Samsung turut menawarkan smart hub yang mempunyai dua fungsi sekaligus sebagai Wifi Extender dan sistem utama untuk mengawal semua perkakas elektronik di rumah yang dikenali sebagai Samsung SmartThings Wifi Mesh Router Range Extender SmartThings Hub. Anda boleh dapatkan produk pada harga RM1200 di Shopee.

3. Smart lighting
rumah pintar
Sumber Gambar: Cnet

Seterusnya, pemasangan smart lighting turut menambahkan lagi ciri rumah pintar yang pasti memudahkan aktiviti harian anda. Terdapat pelbagai jenama smart lighting yang ditawarkan. Anda boleh mengarahkan pembantu rumah pintar dengan suara atau melalui aplikasi di telefon pintar dengan menekan satu butang sudah mampu mengawal lampu pintar tersebut.

Anda juga boleh menukar tetapan yang berbeza untuk setiap bilik. Sebahagian smart bulb berkebolehan untuk menukar warna lampu mengikut citarasa anda. Lampu ini mampu menjimatkan elektrik serta jangka hayat yang lebih panjang.

Antara salah satu pilihan smart lighting yang boleh didapati di Shopee adalah Homedoki Smart Wifi Light Bulb pada harga serendah RM36 sahaja. Anda boleh mengawal lampu pintar ini dengan menggunakan aplikasi yang disediakan. Terdapat lebih daripada 16 warna yang ditawarkan mengikut citarasa pengguna.

4. Smart vacuum cleaner
rumah pintar
Sumber Gambar: Youtube

Vacuum cleaner sudah boleh beroperasi secara sendiri tanpa pengawasan manusia. Kehadiran sensor yang berteknologi tinggi yang tersedia membenarkan mesin ini beroperasi secara automatik dan mengesan setiap sudut yang tidak boleh dicapai oleh manusia.

Mesin ini turut hadir dengan sambungan WiFi untuk memudahkan anda untuk mengawal melalui telefon pintar atau peranti pintar lain yang sedia ada di rumah. Tidak hanya sekadar pintar untuk pembersihan, mesin ini berkebolehan mengecas dengan sendiri di dok pengecasan. Waktu untuk beroperasi turut boleh ditetapkan oleh anda dan mesin ini akan beroperasi apabila masa sudah tiba.

Anda boleh mendapatkan LIECTROUX T6S Robot Vacuum Cleaner yang mempunyai pelbagai fungsi pada harga serendah RM499 di Shopee. Perkakas ini menyokong Google Assistant dan Amazon Alexa yang boleh memudahkan pengguna untuk memberikan arahan.

5. Smart plug
vocket-tech-smart-plug
Sumber Gambar: Cnet

Anda boleh memanfaatkan fungsi smart plug untuk mengurus perkakas elektrik dan penggunaan kuasa di dalam rumah. Penggunaan smart plug ini boleh menyatukan dan menjadualkan durasi yang digunakan oleh peralatan elektrik melalui aplikasi atau pembantu virtual smart home.

Majoriti smart plug boleh disambungkan ke Wifi yang boleh dikawal dari jauh. Tambahan pula, anda berpeluang memantau kadar elektrik dan kos yang digunakan secara langsung dari setiap peralatan elektrik yang disambungkan ke smart plug. Kepintaran smart plug untuk menghalang arus elektrik daripada mengalir sewaktu perkakas elektrik dimatikan turut boleh menjimatkan bil elektrik anda.

Syarikat Homodoki turut menawarkan smart plug untuk memudahkan pengguna untuk menguruskan perkakas elektrik dengan lebih terperinci. Anda boleh dapatkan Homedoki Smart PLUG pada harga serendah RM30 di Shopee. Produk ini turut menyokong Google Assistant, Alexa dan aplikasi untuk Android dan iOS.

6. Smart doorbell
rumah pintar
Sumber Gambar: Cnet

Penggunaan smart doorbell juga langkah yang baik untuk menambah ciri rumah pintar dan keselamatan. Kini semua smart doorbell telah dilengkapi dengan kamera berkualiti. Anda boleh melihat pelawat yang berada di pintu rumah dengan menggunakan telefon pintar. Tambahan pula, anda boleh berkomunikasi dengan pelawat melalui aplikasi yang disediakan.

Fungsi ini dapat memberikan amaran awal sekiranya terdapat penceroboh dengan berinteraksi atau menghidupkan penggera. Pemantauan waktu anak-anak anda pulang ke rumah juga boleh dibuat. Sebahagian smart doorbell boleh mengecam pelawat dan memaklumkan kepada anda melalui telefon pintar.

Anda dicadangkan untuk mendapatkan NGTeco Wireless Door Bell WiFi pada harga serendah RM175 di Shopee. Loceng pintu ini akan disambungkan ke Wifi di rumah dan boleh dikawal melalui telefon pintar. Terdapat kamera yang disediakan serta menyokong night vision untuk pemantauan pada waktu malam.

Kini anda berpeluang mengubah rumah anda kepada rumah pintar dengan penawaran pelbagai gadget atau peranti pintar di pasaran. Penggunaan peranti pintar mampu menjimatkan elektrik dan memudahkan tugasan harian anda. Pengguna boleh memantau setiap perkakas atau peranti hanya di hujung jari sahaja.

Sekiranya anda meminati dengan artikel di atas, anda boleh meneruskan bacaan artikel yang telah kami pilih.

3 Laman Web Untuk Mudahkan Pengguna Mencari Bendera Putih Dan ‘Food Bank’ Di Kawasan Sekitar

Kelebihan, Kekurangan Dan Perbezaan Antara Netflix, HBO Go Dan Disney+ Hotstar

Sumber