6 Aplikasi Terbaik Untuk Hasilkan Konten Kreatif Dengan Mudah Di App Store

Pada hari ini orang ramai berpeluang menjadi penghasil konten kreatif menerusi peranti mereka sahaja. Kehadiran pelbagai aplikasi konten kreatif yang ditawarkan untuk penghasilan konten kreatif juga sudah boleh diakses dengan mudah menerusi App Store.

Majoriti konten menarik yang dapat kita temui di laman media sosial atau di internet semuanya menggunakan aplikasi spesifik yang bersesuaian untuk mendapatkan hasil yang mengujakan. Oleh itu, pada kali ini kami ingin kongsikan 6 aplikasi konten kreatif untuk membuat konten kreatif dengan mudah di App Store yang ingin dikongsikan pada kali ini.

Adobe Lightroom

Sumber Gambar: Appleinsider

Buat anda yang ingin menyunting gambar seperti profesional, Adobe Lightroom antara yang boleh dicuba. Aplikasi ini mampu mengubah visual gambar yang ditangkap dengan pelbagai alat suntingan yang disediakan. Malah, antara muka yang menarik membolehkan sesiapa sahaja memakainya dengan mudah serta boleh merujuk tutorial yang tersedia padanya.

Selain itu, aplikasi ini hadir dengan lebih daripada 70 jenis preset tersedia yang boleh dipakai pada gambar dengan mudah menerusinya yang pasti memberikan hasil akhir gambar bak profesional.

Aplikasi Adobe LR memberikan kebebasan kepada anda untuk melakukan suntingan pada pelbagai peranti kerana ia menggunakan storan penyimpanan berasaskan awan.

Muat turun secara percuma di App Store 

Procreate Pocket

Sumber Gambar: Creativebloq

Aplikasi Procreate Pocket pula cukup berkuasa untuk dijadikan sebagai alat kreatif profesional yang boleh diakses melalui iPhone. Aplikasi ini tampil sebagai kanvas digital yang menyokong resolusi sehingga 16K bersama pelbagai peralatan lukisan seperti di dunia sebenar. Malah, aplikasi Procreate Pocket ini sangat responsif dan lancar kerana telah dioptimasi dengan peranti sebaiknya.

Kehadiran ciri auto-save pasti memudahkan lagi kerja anda tanpa perlu risau hasil lukisan daripada kehilangan. Terdapat panduan yang disediakan buat anda ingin meneroka pelbagai genre lukisan yang lain. Ciri fleksibiliti penyimpanan dalam pelbagai format serta boleh dieksport pada perisian kreatif lain dapat melancarkan lagi perkongsian bersama orang lain.

Muat turun secara percuma di App Store

Capcut

Sumber Gambar: Capcut

Seterusnya, aplikasi suntingan video yang boleh digunakan oleh peminat videografi iaitu Capcut. Capcut hadir sebagai alat suntingan video yang lengkap. Malah, ia sangat sesuai dan mudah digunakan terutamanya buat pemula yang mahu berjinak dalam dunia suntingan video.

Hadir dengan pelbagai kebolehan suntingan seperti potongan, reverse dan perubahan kelajuan video untuk hasil yang lebih mengujakan. Pelbagai efek tambahan yang trending tersedia menerusinya yang boleh ditambah secara terus pada video berkenaan. Anda juga sudah tidak perlu pening kepala lagi dengan pilihan musik kerana ia hadir dengan gedung musik daripada pelbagai genre.

Muat turun secara percuma di App Store

Animation desk

Sumber Gambar: Animation Desk

Bagi peminat kreatif animasi yang tercari-cari aplikasi animasi yang boleh beroperasi pada peranti iPad dan iPhone, kini anda boleh mencuba Animation Desk. Aplikasi ini hadir dengan pelbagai alat yang lengkap untuk penghasilan animasi daripada peringkat permulaan sehingga pengakhiran. Pelbagai artis animasi profesional yang sudah menghasilkan animasi menerusinya.

Anda boleh menghasilkan animasi sama ada dengan lukisan sendiri atau gunakan imej atau video yang boleh dieksport ke dalam aplikasi dengan mudah. Terdapat juga pelbagai alat bantuan yang disediakan sewaktu proses pasca produksi animasi. Animasi yang dihasilkan juga boleh disimpan di awan yang sekaligus boleh diakses mudah pada bila-bila masa walau di mana jua.

Muat turun secara percuma di App Store

Photoleap

Sumber Gambar: Removal.ai

Sekiranya anda mahukan kelainan kepada hasil gambar yang ditangkap, Photoleap bakal memberikan kebebasan kepada anda untuk mereliasasikan kreativiti dengan simulasi gambar tanpa had. Aplikasi Photoleap membolehkan anda membuat suntingan daripada pelbagai aspek untuk menghasilkan karya masterpiece tersendiri.

Terdapat pelbagai filter dan efek yang tersedia untuk menambah lagi keunikan dan ciri surrelism pada gambar yang disunting. Malah, kehadiran sokongan format RAW bakal memberikan hasil akhir gambar pada kualiti yang terbaik. Ditambah pula sokongan storan penyimpanan sehingga 500GB berasaskan awan yang mudah diakses pada bila-bila masa.

Muat turun secara percuma di App Store

Assemblr

Sumber Gambar: Assemblr

Teknologi AR bakal digunakan secara meluas dalam beberapa tahun kelak yang boleh dimanfaatkan dalam pelbagai industri. Menerusi Assemblr, anda berpeluang meneroka dengan lebih dekat teknologi AR dan sekaligus boleh mencipta hasil grafik 3D menerusi peranti iPhone sahaja.

Menariknya, anda sudah mecipta sesuatu objek 3D dengan cara drag and drop sahaja serta mempunyai lebih daripada 1000 objek 3D yang boleh dipilih daripada galeri. Di samping itu, anda turut berpeluang menonton projek 3D yang dihasilkan dalam kehidupan realiti menggunakan AR atau juga berkongsi kepada lain dengan kod QR atau risalah yang dicetak.

Muat turun secara percuma di App Store

Kini anda sudah mengetahui 6 aplikasi konten kreatif yang boleh diterokai untuk mencipta konten yang menarik pada masa kelak. Secara tidak langsung, anda juga memperolehi skil baharu dalam bidang lain dan tidak mustahil ia boleh menjana pendapatan sekiranya digunakan pada saluran yang tepat.

Sementara itu, anda berpeluang belajar sendiri bersama pelbagai artis kreatif profesional bersempena siri Create It Your Way menerusi App Store.

Serlahkan Kreativiti Anda Dengan Siri ‘Create It Your Way’ Menerusi App Store Bermula Hari Ini

Gambar Mata Lelaki Tempatan Ini Berjaya Tersenarai Dalam Instagram Apple

Sumber
Exit mobile version