Bagi anda yang meminati bidang fotografi, sudah pasti mengidamkan hasil karya yang anda mendapat pengiktirafan daripada jenama terkemuka di dunia. Platform Instagram telah menjadi saluran untuk peminat fotografi menayang kreativiti karya yang boleh dilihat oleh semua orang.

Antara syarikat terkemuka yang sangat giat menyiarkan hasil karya pengguna perantinya adalah Apple. Menerusi jumlah pengikut sudah mencecah jutaan orang, ramai pengguna iPhone telah berkongsi sejumlah gambar yang menarik dengan harapan hasil karya bakal dipilih untuk siaran Instagram oleh jenama terkemuka tersebut.

Terbaharu, sebuah gambar milik Badrul Akram Badaruddin yang merupakan seorang pereka grafik telah dimuat naik di akaun rasmi Instagram Apple. Beliau telah mengambil gambar mata kanan anaknya ketika dalam perjalanan ke rumah ibunya.

Difahamkan gambar ini diambil secara spontan di dalam kereta kira-kira pukul 6 petang sewaktu matahari terik dengan menggunakan model iPhone 12 Pro Max sebelum dimuat naik di akaun Instagramnya menerusi hashtag #ShotoniPhone dan #ShotoniPhoneMax pada awal Julai lalu.

Beliau tidak meyangka gambar miliknya telah mendapat perhatian syarikat Apple setelah dihubungi untuk mengambil butiran serta diberitahu bakal pertimbangkan gambar berkenaan untuk dimuat naik di IG. Hal ini sekaligus telah mereliasasikan impian beliau selama ini yang ingin menerima pengiktirafan daripada Apple.

Sumber Gambar: Instagram Apple
Sumber Gambar: Instagram Apple

Gambar terserbut telah menerima lebih daripada 280,000 ribu tanda suka dan sebanyak 800 komen menerusinya. Rata-rata netizen telah memuji hasil karya milik anak muda tempatan ini serta berbangga dengan pengiktirafan  yang diberi oleh syarikat gajet terkemuka itu. Bukan setakat itu sahaja, malah gambar miliknya turut mendapat perhatian warga luar negara.

Perkara ini sekaligus membuktikan bakat-bakat warga tempatan sudah mencapai di peringkat antarabangsa. Dengan menggunakan sebuah telefon pintar sahaja, kini semua orang mampu menyerlahkan bakat fotografi masing-masing dalam mengharumkan nama Malaysia.

Anda boleh lihat sendiri sejumlah hasil karya anak tempatan telah menjadi pilihan Apple untuk disiarkan secara rasmi di akaun mereka.

Unik Dan Kreatif, Gambar Lelaki Ini Di Pahang Berjaya Tersenarai Di Instagram Apple

Rakaman ‘Slow-mo’ Air Terjun Di Pahang Pula Jadi Pilihan Instagram Apple

Giliran Gambar Pokok Kelapa Di Terengganu Pula Jadi Pilihan Instagram Apple

Sumber