5 Tip Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Sebelum Mendapatkan Powerbank

Peranti pintar seperti tablet, telefon pintar sememangnya digunakan oleh orang ramai pada saban hari untuk menyelesaikan pelbagai urusan. Akan tetapi, penggunaan yang berterusan boleh mengakibatkan penurunan bateri yang drastik. Oleh itu, anda sudah pasti mahu membuat pemilihan powerbank yang boleh memenuhi keperluan anda.

Terdapat pelbagai jenama dan jenis powerbank yang ditawarkan di dalam pasaran pada hari ini. Kesemuanya boleh digunakan tetapi pemilihannya masih perlu bergantung pada keperluan seseorang. Oleh itu, mari ketahui cara pemilihan powerbank yang betul bagi kegunaan anda.

1. Pilih kapasiti dan saiz mengikut keperluan

Sumber Gambar: Tom Guide’s

Seperti yang kita sedia maklum, powerbank sedia didatangkan dalam pelbagai saiz dan kapasiti untuk menyimpan sejumlah tenaga bagi kegunaan kelak. Kebiasaannya, powerbank yang mempunyai kapasiti besar boleh mengecas lebih banyak peranti sekaligus tetapi saiznya pula yang teramat besar dan lebih berat.

Oleh itu, anda dicadangkan untuk mendapatkan powerbank yang berkapasiti lebih kecil sekitar 5,000 mAh yang sudah memadai keperluan seharian anda sementara mudah dibawa kemana-mana. Malah, ia juga lebih senang untuk dicas sehingga penuh berbanding yang berkapasiti lebih besar.

2. Jenama

Sumber Gambar: Shopee

Terdapat pelbagai penawaran jenama powerbank yang boleh didapati di pasaran dengan pelbagai ciri-ciri menarik bersamanya. Sangatlah penting untuk anda mengambil berat mengenai jenama yang digunakan kerana setiap powerbank yang dihasilkan  perlulah memetahui standard yang ditetapkan serta berkualiti tinggi.

Antara jenama yang dipercayai adalah Anker, Xiaomi, Sony, Remax dan lain-lain lagi yang mana ia selalunya menjadi pilihan orang ramai. Bahkan, syarikat-syarikat ini juga mempunyai rekod prestasi yang baik terhadap produk yang ditawarkan kepada pengguna di pasaran.

Sementara produk yang ditawarkan daripada jenama yang tidak dikenali pula lebih cenderung mempunyai hasil binaan kualiti yang rendah dan mengabaikan ciri keselamatan demi mengaut keuntungan. Sudah terdapat beberapa kes yang direkod berlakunya insiden seperti meletup secara tiba-tiba, mengakibatan litar pintas dan sebagainya.

3. Kebolehan pengecasan pantas

Sumber Gambar: Vivo

Tahukah anda setiap powerbank yang ditawarkan juga mempunyai output tenaga yang berbeza sewaktu pengecasan? Pada hari ini majoriti peranti sudah mulai menggunakan pengecas jenis type-c dan dilengkapi kapasiti bateri yang besar. Jadi, alangkah baik sekiranya anda melihat dahulu spesifikasi powerbank yang ingin dibeli.

Minima kuasa output yang relevan pada hari ini sekurang-kurangnya 20W dan ke atas sahaja. Hal ini kerana dapat memastikan peranti anda boleh diisi penuh dalam masa yang singkat. Anda juga perlu pastikan ia tersedia dengan port USB-C  dan lighting yang mana kedua-dua platform peranti ini sudah digunakan secara meluas pada hari ini.

4. Jenis bateri yang digunakan

Sumber Gambar: ringgit plus

Selain itu, terdapat sebahagian powerbank juga menggunakan dua jenis bateri yang berbeza untuk menyimpan bekalan tenaga padanya iaitu lithium ion dan lithium polymer. Anda disarankan untuk mendapatkan powerbank yang dilengkapi bateri berasaskan lithium polymer kerana lebih tahan lasak, tahan panas dan tidak mudah meletup.

Antara perbezaan yang boleh dilihat juga adalah saiz powerbank yang menggunakan bateri jenis lithium polymer jauh lebih ringan dan nipis. Gabungan tahan lasak dan saiz kecil menjadikan ia lebih berbaloi untuk didapatkan bagi kegunaan jangka masa panjang.

5. Bajet

Sumber Gambar: Xiaomi

Secara umumnya, harga sesebuah powerbank akan meningkat berdasarkan kapasiti yang dibeli. Oleh itu, powerbank bersaiz 5,000mAh merupakan paling berpatutan didapatkan berbanding unit 10,000mAh atau 20,000mAh. Malahan, dengan kehadiran pengecas pantas USB juga bakal menaikkan lagi harga menerusinya.

Sekiranya anda merancang untuk menggunakan lebih kerap, lebih baik membelanjakan sejumlah wang untuk mendapatkan model yang terbaik di pasaran. Sementara untuk anda yang lebih santai, hanya dapatkan model powerbank yang berkapasiti kecil dengan harga jauh lebih murah daripada jenama terkemuka yang memadai dengan keperluan asas.

Antara model yang terbaik boleh didapatkan pada harga berpatutan seperti Xiaomi Powerbank Ultra 3, Aukey Slim Utra Thin, Realme Powerbank dan lain-lain lagi yang boleh didapati di Shopee. Anda juga boleh lihat review terlebih dahulu untuk mendapatkan kepastian sebelum membeli.

Semoga dengan pencerahan ini dapat menjadi panduan buat anda yang sedang mencari atau dalam pemilihan powerbank baharu untuk kegunaan seharian. Dengan perancangan yang betul, bukan sahaja dapat menjimatkan wang malahan boleh digunakan untuk tempoh yang lama.

Dalam masa yang sama, anda juga perlu mengetahaui mengenai set kabel pelbagai fungsi keluaran Remax yang boleh memudahkan aktviti seharian.

Serba Lengkap Dan Berbaloi, Set Kabel Pelbagai Fungsi Ini Pastinya Memudahkan Aktiviti Seharian Anda

6 Speaker Bluetooth Terbaik Yang Anda Boleh Dapatkan Dengan Harga Serendah RM49 Sahaja

Sumber
Exit mobile version