Air purifier terbaik telah menjadi perkakasan utama dalam menghilangkan bau haiwan atau bulu, habuk dan juga kuman yang berada di persekitaran anda. Malah, mereka yang sakit lelah atau mudah bersin juga sangatlah penting untuk mendapatkan air purifier di rumah.

Terdapat beberapa jenama terkemuka yang sedia menawarkan pelbagai jenis air purifier mengikut bajet pengguna. Kesemua penapis ini sudah pasti boleh memastikan kualiti udara rumah anda lebih baik untuk dihirup selepas ini. Oleh itu, mari kita lihat lima pilihan air purifier terbaik yang boleh didapatkan di Shopee hari ini.

1. Midea MAP-20BD Air Purifier

air purifier terbaik
Sumber Gambar: Shopee

Model Midea MAP-20BD ini mempunyai kemampuan tapisan udara merangkumi saiz bilik yang besar. Dari segi kekuatan model ini, tahap penapisan memang ciri yang terbaik sebab ada penapis 4-in-1 yang boleh menapis udara empat kali sebelum ia mengeluarkan semula udara yang melaluinya.

Malah, anda boleh melaraskan sampai empat jenis tahap kelajuan kipas dan saiznya pun agak kecil berbanding model lain. Untuk menjimatkan elektrik, model ini turut didatangkan dengan ciri timer bagi memudahkan penggunaan mengikut masa yang diperlukan sahaja.

Jika anda mahukan model air purifier keluaran Midea ini, kini ia ditawarkan pada harga serendah RM399 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang Midea MAP-20BD Air Purifier

2. Hetch APF-1804-HC Air Purifier

Sumber Gambar; Shopee

Untuk pilihan air purifier terbaik dan berkualiti, model Hetch APF-1804-HC sangat sesuai disebabkan kecanggihan teknologi padanya. Berbanding tiga lapisan tapisan yang terdapat di model lain, air purifier ini mempunyai lima lapisan tapisan yang berupaya menghasilkan udara yang lebih bersih.

Model ini juga menggunakan HEPA yang lebih berkualiti dari jenis tapisan lain dan lengkap dengan tapisan karbon yang boleh meresap asap rokok. Menariknya, ia juga didatangkan dengan sensor udara yang berfungsi untuk mengawal kelajuan aliran udara secara automatik sahaja.

Air purifier model Hetch APF-1804-HC sedia ditawarkan pada harga RM429 sahaja menerusi Shopee.

Beli Sekarang APF-1804-HC Air Purifier

3. Xiaomi Smart Air Purifier 3H

Sumber Gambar: Shopee

Seterusnya, Xiaomi juga sedia menawarkan air purifier yang berbaloi untuk didapatkan bagi kegunaan di rumah anda. Model Xiaomi Smart Air Purifier 3H boleh menapis keluasan ruangan sehingga 44 m² persegi. Penapis model ini juga menggunakan teknologi True HEPA yang mana tersedia tiga lapisan untuk lebih efektif serta menyerap 360° di kawasan berdekatan.

Malah, model ini turut hadir dengan paparan skrin sesentuh OLED dan menariknya boleh anda boleh mengawal tetapan produk menerusi aplikasi yang disediakan. Untuk menambah keluasan kawasan tapisan, anda boleh sahaja membuat secara manual tetapi bunyi kipas yang lebih kuat menerusinya.

Sekiranya anda mahukan sebuah air purifier yang mesra pengguna dan berpatutan ini, kini sedia ditawarkan dengan harga RM468 sahaja menerusi Shopee.

Beli Sekarang Xiaomi Smart Air Purifier 3H

4. Sharp FPFF40LW Air Purifier

air purifier terbaik
Sumber Gambar: Shopee

Sebuah model air purifier padu yang anda boleh pertimbangkan yang sedia ditawarkan oleh Sharp iaitu FPFF40LW. Penapis ini boleh digunakan pada ruangan yang lebih besar sekaligus menggurangkan  bau, habuk dan mikrob secara komprehensif di udara kawasan persekitaran rumah anda.

Selain itu, model ini juga boleh beroperasi dengan penggunaan kuasa yang rendah serta lebih senyap berbanding model lain. Anda juga boleh memantau kelajuan kipas dengan mudah pada skrin paparan panel hadapan yang tersedia. Rekaannya juga lebih kompak dan mudah untuk dikendalikan.

Model Sharp FPFF30LW Air Purifier sedia dijual pada harga RM629 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang Sharp FPFF30LW Air Purifier

5. PHILIPS Purifier 1000i Series AC1215/30

Sumber Gambar: Shopee

Akhir sekali, antara jenama yang menjadi pilihan pengguna sudah semestinya PHILIPS oleh kerana produk yang berkualiti tinggi yang padan dengan harga yang ditawarkan. Model ini boleh menapis udara dengan pantas pada keluasan ruangan sehingga 63 m² persegi.

Sudah semestinya model ini juga disertakan dengan penapis HEPA dan VitaShield IPS untuk memerangkap 99% partikel dan virus berbahaya di udara. Selain itu, terdapat lima mod kawalan kepantasan kipas yang boleh dilaras secara manual ataupun automatik padanya. Anda juga mudah untuk melakukan penukaran penapis kerana terdapat paparan memaklumkan apabila tiba waktunya.

Model air purifier keluaran Philips ini sedia ditawarkan dengan harga RM879 menerusi Shopee.

Beli Sekarang PHILIPS Purifier 1000i Series AC1215/30

Jika dilihat kesemua model yang disenaraikan, air purifier yang berbaloi didapatkan adalah Xiaomi Smart Air Purifier 3H. Model ini bukan hanya mesra pengguna kerana boleh dikawal menerusi aplikasi, bahkan ia juga boleh menapis seluruh kawasan bilik atau ruang tamu tersebut. Harganya pula dikira sangat berpatutan untuk orang ramai.

Sebenarnya sudah semakin ramai orang mulai menggunakan air purifier untuk menapis segala bendasing atau virus lebih-lebih lagi di dalam pandemik ini. Kini anda juga boleh berbuat sedemikian dengan mengetahui beberapa model yang disenaraikan dan membeli mengikut bajet masing-masing.

Sementara itu, anda juga boleh mengetahui beberapa gadget yang boleh mengubah rumah anda menjadi lebih canggih dengan klik pautan di bawah.

6 Gadget Yang Perlu Anda Dapatkan Untuk Ubah Rumah Menjadi ‘Smart Home’

Serendah RM26.50, Lelaki Ini Kongsikan Bagaimana ‘Smart Plug WiFi’ Mampu Mudahkan Kerja Seharian

Sumber