Yakin Dengan Siri iPhone 13, Apple Minta Kilang Tingkatkan Pengeluaran Sebanyak 20%

Pelbagai kejutan yang telah dibuat oleh Apple buat peminatnya di seluruh dunia pada tahun ini. Pengenalan siri iPhone 13 yang hadir dengan sokongan rangkaian 5G bakal menjadi sasaran jualan yang tinggi bagi syarikat Apple.

Berdasarkan laporan daripada Bloomberg, Apple telah meminta kilang pengeluar untuk meningkatkan produksi iPhone generasi akan datang dengan penambahan sebanyak 20% berbanding sebelum ini.

Sumber Gambar: Tomsguide

Kebiasaanya Apple hanya mengeluarkan sebanyak 75 juta peranti sewaktu pelancaran tetapi dijangkakan pada kali ini sebanyak 90 juta peranti yang akan ditawarkan.

Tambahan pula, jangkaan permintaan siri iPhone pada kali ini akan meningkat berikutan dengan penawaran liputan 5G sudah semakin meluas di seluruh dunia. Penggunaan rangkaian 5G akan terus mendorong lebih banyak syarikat telekomunikasi untuk memberikan rangkaian yang pantas ke serata negara.

Kerajaan Malaysia juga sedang berusaha menambah fasiliti liputan 5G untuk semua rakyatnya. Maka tidak hairanlah sekiranya pengguna akan mula beralih ke peranti yang mempunyai sokongan 5G selepas ini.

Apple telah senaraikan MagSafe Battery Pack untuk siri iPhone 12 pada harga RM479 beserta kapasiti 1,460mAh.

‘MagSafe Battery Pack’ Untuk iPhone 12 Dijual Pada Harga RM479, Kapasiti Hanya 1,460mAh

Mahu Tawarkan Lebih Banyak Pilihan, Apple Sedia Bangunkan iMac Dengan Saiz Skrin 27-Inci

Sumber
Exit mobile version