Pada tahun ini, negara El Salvador telah mengambil langkah yang berani dan drastik untuk muncul sebagai negara pertama yang menggunakan kriptowang untuk medium utama pembayaran secara sah.

Pemilihan untuk menggunakan Bitcoin sebagai matawang untuk transaksi turut menyaksikan presiden El Salvador, Nayib Bukele memilih untuk berbelanja besar aset negara membeli Bitcoin dalam jumlah yang besar.

Terbaharu, Nayib Bukele memaklumkan hasratnya untuk menggunakan kriptowang sepenuhnya sebagai transaksi sah di negara tersebut sekaligus meninggalkan penggunaan wang fiat.

Sumber: foreign policy

Peningkatan nilai kriptowang dalam usaha menangani inflasi antara yang menjadi hujah kepada presiden berkenaan untuk menggunakan kriptowang sebelum ini.

Dalam pada itu, pemilihan El Salvador untuk menggunakan kriptowang sepenuhnya telah meraih pelbagai pertikaian di kalangan netizen seluruh dunia dalam membincangkan penggunaannya di samping keburukan meninggalkan wang fiat untuk kegunaan harian.

Sementara itu, profesor ini memberi amaran Bitcoin mungkin berpeluang hilang secara tiba-tiba dalam masa terdekat berdasarkan teori yang dikemukakan.

Profesor Ini Beri Amaran Bitcoin Berpeluang Hilang Secara Tiba-Tiba Dalam Masa Terdekat

Unik Dan Kreatif, NFT Serum Mega Mutant Bored Ape Ini Dijual Pada Harga RM14.21 Juta

Sumber