Tahukah anda akses internet di rumah boleh menjadi perlahan sebab jauh dari WiFi router? Hal ini kerana liputan yang terhad dan perlu dibantu dengan WiFi extender mampu milik untuk meperluaskan liputan yang lebih besar di rumah anda.

Gajet ini sangat penting kerana ia boleh menyambungkan signal WiFi dari ruang tamu anda sampai ke bilik tidur atau ke tingkat lain. Mari kita lihat beberapa pilihan WiFi extender mampu milik yang boleh didapatkan di Shopee hari ini.

1. WiFi Extender Xiaomi Mi Pro 300M

WiFi extender mampu milik
Sumber Gambar: Shopee

Pilihan pertama WiFi extender terbaik yang boleh didapatkan adalah Xiaomi Pro 300M. Produk yang ditawarkan sangat berpatutan dalam masa yang sama efektif untuk tingkatkan jarak signal WiFi di rumah. Model ini sangat sesuai untuk anda yang mendiami rumah yang sederhana besar.

Antara ciri utama Xiaomi Pro 300M adalah kelajuan mencapai 300Mbps serta menpunyai single band 2.4 Ghz. Model ini juga boleh menyokong sehingga 16 peranti secara serentak untuk mendapat akses internet yang stabil pada setiap masa.

Anda boleh dapatkan model Xiaomi Pro 300M dengan harga serendah RM37.90 sahaja menerusi Shopee.

Beli Sekarang WiFi Extender Xiaomi Mi Pro 300M

2. Mercusys WiFi Extender MW300RE

WiFi extender mampu milik
Sumber Gambar: Shopee

Selain itu, anda juga boleh mencuba sebuah model WiFi extender keluaran Mercusys yang mampu milik. Dengan MW300RE, anda boleh menikmati akses internet yang berkualiti pada setiap ruang di rumah atau pejabat dan juga menghapuskan sejumlah dead zone secara efektif.

Seperti model Xiaomi, model ini juga boleh menampung kelajuan sehingga 300Mbps dan juga menyokong frekuensi WiFi 2.4 Ghz. Terdapat satu LED yang boleh membantu anda mengesan sama ada mempunyai sambungan internet yang baik atau sebaliknya di sesuatu kawasan.

Kini Mercuys WiFI Extender MW300RE sedia ditawarkan dengan harga RM42 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang Mercusys WiFi Extender MW300RE

3. WiFi Extender D-Link DAP-1325

Sumber Gambar: Shopee

Salah satu alternatif terbaik yang boleh didapatkan di dalam pasaran hari ini adalah WiFi extender dari jenama D-Link iaitu model DAP-1325. Model ini mempunyai kemampuan memastikan kestabilan internet yang baik sepanjang masa dan juga menambah baik tahap kelajuan internet mencapai 300Mbps serta menyokong frekuensi WiFi 2.5 Ghz.

Selain boleh disambungkan pada peranti berwayar, terdapat port Ethernet terbina untuk mencipta tempat liputan WiFi peribadi. Di samping itu, model ini juga hadir dengan rekaan lubang udara pada bahagian tepi untuk mengelakkan masalah overheat dalam penggunaan jangka masa panjang.

Model WiFi Extender D-Link DAP-1325 ini sedia ditawarkan dengan tanda harga RM68 di Shopee.

Beli Sekarang WiFi Extender D-Link DAP-1325

4. Asus WiFi Extender AC1200

Sumber Gambar: Shopee

Jika anda mahukan WiFi extender yang lebih advance, ini antara pilihan terbaik yang boleh didapatkan Asus WiFi Extender AC1200. Model AC1200 ini boleh menjanjikan kelajuan internet mencapai 1,200 Mbps serta dengan adanya dua antena tambahan mampu meliputi kawasan yang lebih luas.

Selain itu, AC1200 juga menyokong frekuensi WiFI 5Ghz yang mana tiga kali ganda lebih pantas daripada yang biasa. Ini sekaligus menjadikan pengalaman menstrim kandungan atau bermain games secara online yang lebih lancar menerusi wireless sahaja. Model ini juga mempunyai tiga mod berbeza untuk memberi fleksibiliti penggunaan internetnya.

Anda boleh dapatkan model Asus WiFI Extender AC1200 ini yang berharga RM189 di Shopee.

Beli Sekarang Asus WiFi Extender AC1200

5. WiFi Extender TP-Link Deco E4 AC1200

Sumber Gambar: Shopee

Akhir sekali, jenama terkemuka TP-Link juga ada menyediakan sebuah WiFi extender terbaik yang serba canggih dan berbaloi. Model TP-Link AC1200 ini memang sesuai buat anda yang mendiami rumah yang besar serta mempunyai jumlah pengguna yang banyak.

Selain itu, TP-Link AC1200 boleh menawarkan sambungan internet yang stabil mencapai 1,000Mbps bersama sokongan frekuensi WiFi 2.5Ghz dan 5Ghz. Menariknya, model ini mempunyai ciri kawalan suara serta rekaan yang sangat elegan. Malah, anda boleh menyambungkan jumlah peranti mencecah 100 pengguna dalam satu-satu masa.

Kini anda boleh dapatkan WiFI Extender TP-Link Deco E4 AC1200 dengan harga RM269 sahaja melalui Shopee.

Beli Sekarang WiFi Extender TP-Link Deco E4 AC1200

Cadangan model yang berbaloi untuk didapatkan bagi kegunaan jangka masa panjang serta boleh menampung keperluan semasa sudah semestinya TP-Link Deco E4 AC1200. Bukan hanya tampil dengan rekaan yang menarik, malah boleh menyokong frekuensi WiFi terkini dengan kawasan liputan yang luas.

Diharapkan dengan pilihan WiFi extender ini dapat memudahkan anda mengetahui secara terperinci model yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing. Kesemua model yang ditawarkan di pasaran hari ini juga menyokong sepenuhnya modem dan router yang ditawarkan oleh syarikat penyedia internet di Malaysia.

Sementara itu, anda boleh menikmati pengalaman tontonan yang lebih bagus dengan mendapatkan soundbar terbaik dengan klik pautan di bawah.

6 Soundbar Terbaik Yang Boleh Tingkatkan Pengalaman Tontonan Anda Di Rumah

6 CCTV Yang Berkualiti Dan Berbaloi Untuk Pengawasan Keselamatan Sekitar Rumah Anda

Sumber