Tahukah anda di Malaysia sudah mempunyai mesin layan diri menawarkan NFT yang terletak di REXKL? Buat peminat karya digital, anda mungkin tertanya-tanya bagaimana cara membeli NFT menerusi mesin layan diri tersebut?

Menerusi akaun TikTok @dikbee, beliau telah berkongsi tutorial cara membeli NFT yang ditawarkan menerusi mesin layan diri pertama di Malaysia. Mesin layan diri NFT ini disediakan oleh ATLAS bersempena sambutan Hari Malaysia baru-baru ini. Ikuti langkah di bawah untuk membuat pembelian koleksi NFT.

Cara membeli NFT menerusi mesin layan diri

1. Anda perlu memilih mesin layan diri yang terdiri daripada 13 buah mewakili artis mengikut negeri kelahirannya. Setiap karya NFT tersebut berharga RM59 di mana mempamerkan karya seni masing-masing yang menggabungkan seni dan budaya tempatan.

cara beli nft
Sumber Gambar: TikTok

2. Pilih kotak yang diminati di mana setiap padanya mengandungi hasil karya unik yang berbeza daripada artis berbakat tempatan. Setiap kotak juga bakal didatangkan dengan status ekslusif secara rawak.

Sumber Gambar: TikTok

3. Buat pembayaran menggunakan kad debit atau wang tunai menerusi mesin layan diri yang disediakan. Selepas itu, anda boleh mengakses hasil karya yang dibeli menerusi aplikasi MetaMask.

Sumber Gambar: TikTok

Untuk makluman mesin layan diri ini akan tersedia bermula dari 16 September 2022 sehingga 16 Disember 2022 dan setiap mesin layan diri mengandungi sebanyak 300 karya seni NFT. Malah, 50 karya daripadanya merupakan NFT platinum ekslusif yang disediakan secara rawak.

Menariknya, mereka yang membeli NFT akan berpeluang memenangi beberapa ganjaran istimewa daripada 59 pilihan hadiah yang akan diberikan secara rawak termasuklah 13 unit Nintendo Switch dan 46 hadiah barangan edisi terhad. Semua pemenang akan diumumkan pada 9 Disember 2022 di REXKL yang akan disertai barisan artis NFT.

Buat anda yang mahu merebut hadiah lumayan yang ditawarkan, bolehlah mulai membeli karya NFT yang ditawarkan menerusi mesin layan diri ATLAS. Inisiatif ini dilihat sangat bagus untuk pertumbuhan arena NFT dan industri seni tempatan.

Sumber