Usia Seawal 13 Tahun Sudah Pandai ‘Sexting’, Aplikasi Litmatch Perlu Dipantau Ibu Bapa

Pada masa kini telefon pintar menjadi satu keperluan bagi masyarakat di semua peringkat umur . Ini menjadikan anak pada awal usia sudah mulai menggunakan telefon pintar. Walaupun terdapat pelbagai kebaikan yang boleh didapati masih tidak boleh dinafikan terdapat kesan negatif juga yang boleh memudaratkan pengguna.

Dengan kebebasan untuk melayari laman web dan memuat turun aplikasi tanpa halangan menjadikan ibu bapa terlepas pandang dengan konten yang tersedia di dalam telefon pintar anak mereka. Baru – baru ini ciapan dari @shahfahzan telah membongkar mengenai sebuah aplikasi yang giat diiklankan di serata internet iaitu Litmatch.

https://twitter.com/shahfahzan/status/1400683723801071616?s=20

Hasil kaji selidik dari aplikasi ini sangat memeranjatkan kerana remaja berusia seawal 13 tahun sudah boleh akses tanpa pemantauan dari orang dewasa. Mereka seperti bebas untuk berkenalan dengan sesiapa sahaja serta memuatnaik gambar kurang sopan tanpa sebarang tapisan dari pihak aplikasi sendiri.

https://twitter.com/shahfahzan/status/1400683745963773958?s=20

Berdasarkan gambar screenshot di atas, dapat dilihat mesej berbaur lucah telah dihantar kepada pengguna lain dengan harapan mereka akan turut setuju untuk menyertainya.

Pelbagai status dan komen yang tidak sewajarnya diutarakan oleh anak muda yang masih belasan tahun ada di sini. Hal ini sangat merisaukan kerana pedophile boleh memanipulasi remaja – remaja yang masih mentah ini.

Antara cadangan bernas yang boleh diambil untuk mengawal penggunaan telefon pintar anak – anak anda dengan memuat turun aplikasi Google Family Link di telefon mereka. Aplikasi ini memberi autoriti kepada ibu bapa untuk mengawal konten, aplikasi dan jangka masa penggunaan telefon pintar sebelum telefon pintar anak – anak mereka terkunci setelah tamat tempoh ditetapkan.

Walaupun pada mulanya aplikasi Litmatch ini hanyalah untuk berkenalan dengan orang baru tetapi dengan tiada sebarang tapisan konten dan had umur, hal ini sangat meruncingkan kerana boleh menyebabkan pelbagai implikasi serta masalah akhlak yang tidak dapat dibendung. Ibu bapa mestilah memgambil berat mengenai isu ini.

Sementara itu anda boleh juga membaca artikel – artike baru yang disiarkan melalui pautan di bawah.

WhatsApp Akan Memperkenalkan Ciri Gambar Dan Video Hilang Selepas Dibuka

WhatsApp Bakal Ditawarkan Akses Kepada Empat Peranti Secara Serentak Termasuk iOS

Sumber
Exit mobile version