Universiti Teknologi Mara (UiTM) dilihat sangat aktif dalam menceburi arena baharu dalam usaha untuk mengikuti peredaran teknologi semasa serta memberi manfaat kepada para pelajarnya. Pada awal tahun ini sahaja, pihak UiTM telah berkolaborasi bersama Shopee untuk memudahkan para siswazah membuat jualan menerusi platform tersebut.
Terbaharu, UiTM telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan TikTok Pte Ltd bagi meneroka platform media sosial yang tersedia berkenaan untuk pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan terkini.
Langkah ini diambil atas dasar mahu meningkatkan kerjasama rakan industri gergasi dalam mempelopori arena pendidikan menerusi media sosial. Tambahan pula, pihak UiTM menyasarkan untuk menggunakan TikTok dalam menyediakan pendidikan lebih fleksibel serta membuka ruang dalam memperhebatkan pengajaran dan pembelajaran khususnya secara jarak jauh dan terbuka.
Setakat ini, masih belum diketahui lagi projek yang akan dijalankan bersama. Namun, UiTM mengatakan projek bersama akan diperkenalkan dalam skop pendidikan jarak jauh dan terbuka selain pendidikan formal sesi kuliah.
Sebelum ini, kerjasama antara UiTM dan TikTok bukan suatu yang baharu kerana pada tahun 2021 lalu UiTM Cawangan Sabah telah memperkenalkan TikTok Guru Bah! yang mendapat sambutan memberangsangkan. Terdapat kemungkinan kita dapat melihat kandungan seumpamanya menerusi kerjasama ini.
Sebelum ini, pihak K-KOMM telah mengumumkan peruntukkan sebanyak RM4 bilion bagi pemasangan gentian optik di sekolah.
K-KOMM Sedia Peruntukkan RM4 Bilion Bagi Pemasangan Gentian Optik Di Sekolah
Kelajuan Purata Internet Mudah Alih Malaysia Dilaporkan Lebih Pantas Berbanding Indonesia