Twitter Tidak Layan Laporan SKMM Terhadap Tweet Tidak Puas Hati Netizen

Bencana banjir yang melanda Malaysia secara tidak langsung memberi kesan besar kepada orang ramai. Bukan sahaja buat mereka yang terlibat, malah mereka yang tidak menjadi mangsa juga turut terkesan melihat keadaan yang menimpa segelintir lokasi di Malaysia.

Situasi yang berlaku secara tidak langsung turut menjemput orang ramai untuk turun membantu sebagai sukarelawan dalam memudahkan urusan mangsa banjir. Selain itu, terdapat juga netizen yang meluahkan rasa tidak senang dengan tindakan segelintir menteri yang dilabel sebagai kurang efisien.

Dalam pada itu, rasa tidak puas hati yang dikongsikan segelintir netizen menerusi laman Twitter nampaknya telah mendapat perhatian Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia (SKMM) yang didapati telah membuat laporan kepada pihak Twitter.

Walau bagaimanapun, didapati pihak Twitter seolah tidak layan dengan laporan yang dibuat pihak SKMM menerusi perkongsian beberapa pengguna Twitter di mana mereka turut menerima e-mel daripada pihak Twitter dan pihak SKMM selaku pihak yang membuat laporan.

Walau bagaimanapun, didapati pihak Twitter seolah tidak layan dengan laporan yang dibuat pihak SKMM  menerusi perkongsian beberapa pengguna Twitter di mana mereka turut menerima e-mel daripada pihak Twitter dan pihak SKMM selaku pihak yang membuat laporan.

Lebih mengejutkan, terdapat beberapa individu yang turut menerima e-mel yang sama daripada pihak Twitter serta turut dilaporkan oleh SKMM.

Tindakan yang dibuat oleh pihak SKMM nyata membuat netizen berang selepas mendapati pihak SKMM ‘sanggup’ mencari tweet individu yang menyentuh isu aktiviti para menteri.

https://twitter.com/lemonftmiilo/status/1473633377240551424

Sehubungan dengan itu, para netizen berharap pihak menteri yang terlibat dan sepatutnya bertanggungjawab menguruskan bencana banjir menjalankan kerja sebaiknya serta efisien dalam memudahkan urusan puluhan ribu mangsa banjir yang terkesan dengan bencana yang menimpa.

Tular pada minggu lalu apabila dimaklumkan plaza tol akan menghentikan penggunaan kad Touch ‘n Go dan SmartTAG secara berperingkat dalam memberi laluan kepada laluan RFID.

Plaza Tol Akan Hentikan Penggunaan Kad Touch ’n Go Dan SmartTAG Secara Berperingkat

Mudah Dan Pantas, Ini Caranya Memohon Pelekat RFID Menggunakan Aplikasi TNG eWallet

Exit mobile version