Sudah tiba di penghujung tahun 2021 yang mana pasti orang ramai sudah merancang pelbagai aktiviti untuk dilakukan bersama keluarga tersayang. Ini termasuklah dengan peningkatan tempahan hotel pada saban hari. Tahukah anda kini terdapat sebuah platform tempahan hotel yang menerima kriptowang sebagai bayaran?
Platform ini dikenali sebagai Travala yang sudah sekian lama bertapak di dalam industri pelancongan di peringkat antarabangsa. Travala telah diasaskan pada tahun 2017 dan kemudian dikembangkan kepada platform tempahan hotel berasaskan blockhain bagi mempelbagaikan pilihan pembayaran yang fleksibel kepada pengguna.
Travala
Menerusi Travala, pihak mereka bakal menghubungkan pengguna dengan pelbagai seleksi tempat penginapan yang luar biasa di seluruh dunia termasuklah daripada hotel, apartment, vila dan bilik resort mewah bertaraf lima bintang. Mereka juga telah berjaya mencipta pengalaman tempahan perjalanan yang lancar dengan menggabungkan teknologi blockhain dan insentif token.
Platform Travala pada masa ini sudah menawarkan servis tempahan lebih daripada 2 juta hartanah meliputi 90,124 destinasi di 230 buah negara dan wilayah dengan harga sehingga 40% lebih murah berbanding platform tempahan perjalanan yang biasa. Visi Travala adalah untuk menyelaraskan tempahan perjalanan dengan etos teknologi terdesentralisasi.
Tempahan yang ditawarkan menerusi platform ini termasuklah penerbangan, tempat penginapan dan pakej perlancongan buat pengguna di seluruh dunia. Laman web perlancongan mesra kripto ini juga memberikan kelebihan kepada pengguna yang mendaftar sebagai ahli seperti harga istimewa bagi tempahan, ganjaran dan sebagainya.
Terdapat lebih daripada 70 jenis kriptowang yang boleh digunakan sebagai medium pembayaran tempahan menerusinya termasuklah kriptowang meme seperti dogecoin. Terbaharu, kriptowang Shiba Inu turut telah ditambah setelah berjaya menerima undi yang banyak daripada pengguna internet dan diumumkan oleh Travala menerusi ciapan di Twitter.
Congratulations to @Shibtoken for winning the token battle on #Travala.$SHIB is now listed as a payment method method on https://t.co/CL8FxBfPc0 to book over 3M travel products worldwide
Join the $AVA Smart program to get up to 13% additional savings 👉 https://t.co/iqw9MLLbew pic.twitter.com/YiHDQvt2gN
— Travala.com (@travalacom) December 7, 2021
Platform tempahan pelancongan mesra kripto ini melaporkan pada awal bulan ini bahawa jumlah pendapatannya untuk November lalu adalah sebanyak $7.2 juta (~RM30.4 juta) dengan anggaran peningkatan 683% dari tahun ke tahun. Tambahan pula, 82% daripada semua tempahan pada bulan November telah dibayar menggunakan kriptowang.
Dalam masa yang sama, platform ini juga mempunyai token kriptowang mereka sendiri yang dikenali sebagai AVA. Dengan AVA, ia merupakan insentif untuk mengalakkan pengguna menggunakan platform Travala sementara menikmati ganjaran tambahan. Setakat hari ini, token AVA didagangkan pada harga $1.87 (~RM7.91).
Jadi, tidak hairanlah sekiranya selepas ini lebih banyak platform dalam pelbagai industri mulai menerima kriptowang sebagai pembayaran. Bahkan, Travala telah membuktikan peningkatan jumlah pelanggan yang drastik pada saban tahun sekaligus mendorong keuntungan yang lebih banyak.
Sementara itu, Shiba Inu juga telah berjaya menembusi pasaran Korea Selatan yang sangat terkenal dengan undang-undang yang sangat ketat berkaitan kriptowang.
Platform Dagangan Kriptowang Korea Selatan, Korbit Bakal Senaraikan Shiba Inu
Kriptowang Shiba Inu Berjaya Cipta Rekod Dengan Mengumpul Seramai 1 Juta Pemegang