Sejak akhir tahun lalu, sekiranya anda mengikuti perkembangan kriptowang, pastinya anda cukup tahu di mana NFT berjaya muncul menjadi fenomena baharu.

Lebih mengejutkan, terdapat ramai peminat NFT yang sanggup berbelanja sehingga jutaan ringgit semata-mata untuk mendapatkan NFT idaman. Perkembangan NFT dalam negara juga turut semakin rancak adanya platform Pentas yang menawarkan seleksi karya memfokuskan kepada budaya Asia.

Terbaharu, individu yang cukup sinonim dengan AirAsia iaitu Tony Fernandes dilihat sudah mulai menceburi bidang NFT dengan memaparkan NFT terbaru beliau menerusi laman Instagram.

Menerusi gambar yang dikongsikan, dilihat Tony Fernandes kini merupakan pemilik kepada NFT Phanta Bear dengan kod siri 1281. Berdasarkan carian di platform OpenSea, NFT ini turut mendapat perhatian peminat dengan bidaan sehingga 4.1ETH (~RM53,644).

Penyertaan Tony Fernandes dalam dunia NFT secara tidak langsung menunjukkan dunia NFT semakin diterima bukan sahaja di kalangan peminat kriptowang malah para usahawan. Di negara luar, usahawan seperti Mark Cuban dan Snoop Dogg antara individu yang mengesahkan sudah mulai terlibat dalam dunia NFT.

Ikuti juga 6 artis tempatan yang sudah terlibat dalam dunia NFT dengan klik pautan di bawah.

6 Artis Tempatan Yang Sudah Terlibat Dalam Dunia NFT

KJ Tegaskan Bakal Wajibkan Penggunaan MySJ Trace Sekiranya Pengguna Masih Ingkar