TNG Digital dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengumumkan program ‘7 Tangkai: Jom Infak’ bagi menyediakan satu platform untuk rakyat Malaysia menderma dengan lebih mudah; hanya menggunakan Touch ‘n Go eWallet.
Melalui kerjasama ini, TNG Digital akan membantu meningkatkan ketelusan, tanggungjawab dan integriti apabila semua sumbangan derma akan dilakukan menggunakan kod QR menerusi eWallet di masjid-masjid terlibat sekitar Kuala Lumpur. Para pegguna hanya perlu mengimbas kod QR untuk menderma dan setiap transaksi akan dipindahkan terus ke masjid-masjid yang terlibat.
“Kami ingin membentuk tingkah laku baru dan mengubah cara sumbangan derma dilakukan. Melalui inovasi dan teknologi inklusif, kami dapat memenuhi keperluan masyarakat hari ini,” kata Syahrunizam Samsudin, Ketua Pegawai Eksekutif, TNG Digital Sdn. Bhd. Sehingga kini, terdapat 10 buah masjid yang telah dilengkapi dengan kemudahan kod QR:
1. Masjid ar-Rahah, Bangsar South
2. Masjid Al-Imam Al-Ghazali, Menjalara
3. Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati
4. Masjid Jamek, Kampung Baru
5. Masjid Muaz Bin Jabal, Setiawangsa
6. Masjid Abd Ar-Rahman Auf, Taman Yarl
7. Masjid Ar-Rahman, Jalan Pantai Baru
8. Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju
9. Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail
10. Masjid Al-Ghufran, Taman Tun Dr Ismail
TNG Digital mensasarkan 40 buah masjid di sekitar Kuala Lumpur untuk diserapkan di bawah program ‘7 Tangkai: Jom Infak’ menjelang akhir tahun 2019. Tahniah Touch ‘n Go atas usaha murni ini.