TM Tidak Lagi Tawarkan Langganan Baharu Buat Streamyx Dan unifi Lite

Telekom Malaysia menjadi salah satu pilihan pengguna dalam mendapatkan sambungan internet bagi kegunaan seharian. Oleh itu, terdapat pelbagai penawaran pakej yang boleh dilanggan seperti Streamyx dan unifi Lite.

Terbaharu, TM dilihat sudah menghentikan penawaran langganan baharu untuk pakej perkhidmatan berasaskan sambungan tembaga iaitu Streamyx dan unifi Lite. Kedua-dua halaman produk berkenaan sudah pun dipadam daripada laman rasmi pelanggan. Difahamkan perubahan ini telah pun dilakukan sejak 31 Disember 2021 lalu.

Sumber Gambar: Sharetisfy

Sehubungan itu, pelanggan baharu sudah tidak boleh lagi melanggan pakej berkenaan sementara pengguna sedia ada masih boleh menggunakannya seperti biasa. Malah, para pengguna juga akan dialihkan secara berperingkat ke rangkaian fiber unifi yang lebih pantas.

Pihak TM sebelum ini telah memulakan proses peralihan dari Streamyx ke unifi Lite sejak 2019 lagi. Bahkan, TM juga berkongsi rekod data mereka yang mendapati  masih terdapat seramai 173,000 pelanggan yang masih menggunakan perkhidmatan Streamyx ketika ini.

Pada hari ini, TM turut menyediakan perkhidmatan internet mudah alih seperti unifi Mobile dan unifi Air untuk kawasan-kawasan yang sukar diliputi fiber dan menawarkan sambungan interent lebih pantas. Tidak mustahil juga para pengguna sedia ada diminta menukar ke pelan baharu yang dijangka diperkenalkan dalam menawarkan akses internet pantas.

Bercakap mengenai 5G di Malaysia, kini pihak DNB sudah pun memulakan pembangunan tapak 5G baharu di Selangor, Perak, Johor dan Pulau Pinang.

DNB Dalam Proses Pembangunan Tapak 5G Baharu Di Beberapa Buah Negeri Luar Kuala Lumpur

Kerajaan Sasar Tawarkan Harga Perkhidmatan 5G Lebih Murah Berbanding 4G

Sumber
Exit mobile version