TM Bakal Pindahkan Pelanggan Streamyx Dan unifi Lite Kepada Internet Fiber Menjelang 2025

Sudah menjadi keperluan penting buat orang ramai pada ketika ini dalam mendapatkan internet yang stabil dengan kelajuan yang optimum. Malah, pengguna TM sebelum ini turut disarankan untuk beralih kepada perkhidmatan unifi.

Terbaharu, pihak TM telah mengesahkan dalam menghentikan penerimaan pendaftaran baharu bagi pelan Streamyx dan unifi Lite. Difahamkan langkah yang dibuat seiring dengan usaha TM dalam menaik-taraf semua pelanggan sedia ada.

Dalam pada itu, proses naik taraf kepada penawaran internet berkelajuan tinggi ini nampaknya mungkin memerlukan masa yang panjang sehingga tahun 2025 kelak. Sementara itu, TM akan sedia menghubungi pelanggan yang terlibat dalam menawarkan peralihan perkhidmatan.

Diharapkan semoga usaha naik taraf yang dilakukan dapat berjalan dengan lebih lancar dan pantas agar orang ramai berpeluang menerima internet yang lebih stabil dan pantas daripada syarikat penyedia internet jalur lebar ini.

Ketahui juga cara mudah dan pantas memindah baki TnG eWallet ke akaun bank dengan klik pautan di bawah.

Mudah Dan Pantas, Ini Caranya Pindah Baki TnG eWallet Ke Akaun Bank

Stesen Metro Moscow ‘Sesak’ Selepas Pembayaran Apple Dan Google Pay Tidak Lagi Beroperasi

Sumber
Exit mobile version