TIME Dinobatkan Penyedia Jalur Lebar Tetap Terpantas Untuk Suku Ketiga 2021

Speedtest sudah menjadi tempat rujukan buat pengguna untuk menguji kelajuan sambungan internet oleh penyedia perkhidmatan. Bahkan, mereka juga menyediakan laporan rangkuman berkaitan rangkaian internet secara menyeluruh pada setiap tahun untuk makluman umum.

Terkini, pihak Speedtest telah menerbitkan sebuah laporan untuk suku ketiga bagi 2021 yang lalu dan syarikat TIME telah mempamerkan pretasi yang cukup memberangsangkan sekaligus merangkul sebagai penyedia jalur lebar tetap terpantas setakat ini.

Sumber Gambar: Speedtest

Berdasarkan skor yang telah dikeluarkan, TIME telah mencatatkan skor sebanyak 120.10, diikuti pula dengan Maxis yang mempunyai skor terkumpul sebanyak 74.64 dan akhir sekali oleh TM di mana skor sebanyak 68.78 sahaja.

Sumber Gambar: Speedtest

Dari segi latency pula, TIME dilihat mempunyai kadar latency serendah 13ms, sementara Maxis pula dengan 14ms dan diikuti TM yang mempunyai kadar latency iaitu 18ms. Untuk makluman, lagi rendah kadar latency pada sesuatu sambungan internet, lagi baik pengalaman penggunaannya sekaligus.

Sumber Gambar: Speedtest

Secara keseluruhannya, TIME mencatatkan prestasi paling konsisten untuk suku ketiga tahun 2021 ini dengan skor markah 87.6% yang mempamerkan sekurang-kurangnya kelajuan memuat turun sebanyak 25Mbps dan kelajuan memuat naik pula sekitar 3Mbps. Maxis mendapatkan skor konsisten sebanyak 87.6% berserta TM sekitar 79.0%.

Dalam masa yang sama, tahap jalur lebar tetap Malaysia di peringkat global masih berada di tangga 46 dengan kadar purata kelajuan muat turun sebanyak 107.75Mbps dan kadar muat naik 55.99Mbps. Semoga dengan program JENDELA yang diusahakan kerajaan dapat meningkatkan lagi taraf fasiliti sambungan internet tempatan selepas ini.

Khabar baik buat rakyat tempatan dengan sasaran kelajuan 5G sekurang-kurangnya 100Mbps pada akhir tahun ini oleh syarikat DNB.

DNB Menyasarkan Kelajuan 5G Sekurang-Kurangnya 100Mbps Pada Akhir Tahun Ini

SKMM Akan Mula Mengawal Selia Perkhidmatan Awan Untuk Melindungi Data Pengguna

Sumber
Exit mobile version