Tim Cook Akui Mempunyai Pegangan Dalam Kriptowang Bagi Tujuan Pelaburan

Kriptowang yang kian dikenali umum telah menjadi satu topik semasa yang bukan khusus kepada peminat blockchain ataupun pelabur, malah turut menjadi pilihan golongan elit menerusi teknologi dan juga sebagai pelaburan.

Tim Cook selaku CEO Apple baru-baru ini memaklumkan beliau juga tidak melepaskan peluang dalam menyimpan kriptowang. Menurut Tim Cook, beliau sememangnya minat dengan kriptowang dan akan terus mengkaji mengenainya. Beliau juga menerusi temu bual tidak menyatakan secara spesifik kriptowang manakah yang menjadi pilihan beliau.

Sumbe Gambar: CNET

Namun begitu, beliau menegaskan bahawa idea kriptowang ini hanyalah daripada pandangan peribadinya dan meyangkal cadangan berkaitan kemungkinan Apple mengambil kriptowang sebagai salah satu pilihan medium pembayaran kelak. Pihak Apple juga tidak akan menggunakan dana syarikat untuk membeli kriptowang sebagai pelaburan setakat ini.

Dalam masa yang sama, Apple sedia meneliti teknologi kriptowang yang berpotensi untuk dimanfaatkan menerusinya. Sama-sama kita nantikan bagaimana Apple mahu menggunakan teknologi blockchain dan kriptowang untuk dimanfaatkan para pengguna Apple kelak.

Selain kriptowang, dunia meta juga antara teknologi yang dilihat berpotensi untuk dikembangkan untuk penggunaan seharian manusia.

Syarikat Pembangun Pokemon Go Bakal Lancarkan Platform ‘Metaverse’ Digelar Sebagai Lightship

Facebook Dijenamakan Sebagai Meta, Sedia Bawa Hala Tuju Memfokuskan ‘Metaverse’

Sumber
Exit mobile version