Dunia meta telah menjadi satu sensasi baharu yang membuatkan semua syarikat gergasi berlumba-lumba untuk menghasilkan versi masing-masing. Niantic bukan nama asing lagi dalam dunia meta lebih-lebih lagi dengan kejayaan aplikasinya Pokemon Go yang menggabungkan teknologi AR bersama dunia realiti yang cukup mengagumkan.
Pada kali ini, mereka bakal melancarkan pula sebuah platform untuk menghasilkan dunia meta yang dikenali sebagai Lightship. Aplikasi ini membolehkan peranti Android dan iOS mengenalpasti perbezaan objek antara langit, air, lantai dan objek lain yang dihalakan menerusi kamera.
Selain itu, pihak pengguna yang menggunakan platform ini boleh meletakkan objek maya mereka di dalam dunia sebenar dengan lebih realistik seperti yang diperlihatkan pada aplikasi Pokemon Go menerusi sokongan augmented reality (AR).
Di samping itu, Niantic juga mengumumkan mereka bakal melaburkan sebanyak $20 juta (~RM83 juta) ke dalam syarikat baharu yang membangunkan aplikasi teknologi AR. Malah, mereka juga sudah mempunyai perancangan besar buat kemas kini Lightship pada tahun hadapan iaitu sistem kedudukan visual untuk cermin mata AR pula.
Sementara itu, syarikat Meta juga bakal membawakan permainan GTA: San Andreas Versi Dunia Realiti Maya.
Meta Bakal Membawakan Permainan GTA: San Andreas Versi Dunia Realiti Maya
Facebook Lancar Horizon Workrooms, Tempat Mesyuarat Maya Yang Nampak Lebih ‘Real’