The TikTok logo is seen on an iPhone 11 Pro max in this photo illustration in Warsaw, Poland on September 29, 2020. The TikTok app will be banned from US app stores from Sunday unless president Donald Trump approves a last-minute deal between US tech firm Oracle and TikTok owner ByteDance. US authorities say the Chinese video sharing app threaten national security and could pass on user data to China. (Photo by Jaap Arriens/NurPhoto via Getty Images)

TikTok Mengatasi Facebook Sebagai Aplikasi Yang Paling Banyak Dimuat Turun

Sebut mengenai TikTok, pasti ramai yang cukup kenal dengan aplikasi penawaran video pendek ini. Kehadiran aplikasi ini berjaya mengatasi majoriti media sosial yang lain dengan angka muat turun yang telah mencecah sehingga 3 billion baru-baru ini.

Menurut laporan NikkeiAsia, satu tinjauan telah dilakukan untuk aplikasi yang paling banyak angka muat turun pada tahun 2020 menunjukkan TikTok berjaya menduduki tempat pertama mengatasi Facebook yang memegang kedudukan tempat pertama sebelum ini.

Sumber Gambar: South China Morning Post

TikTok mula mendapat populariti di kalangan pengguna sejak berlakunya pandemik dan mendahului angka muat turun yang banyak di beberapa buah negara. Perkara ini membuatkan pelbagai platform media sosial mula menawarkan ciri seperti TikTok untuk mengekalkan kedudukan dan menarik lebih banyak pengguna untuk beralih ke platform mereka.

Tambahan pula, terdapat beberapa data terkumpul menunjukkan pengguna menghabiskan masa lebih banyak di TikTok berbanding platform lain. Kini TikTok juga sedang membangunkan sejumlah fungsi baharu dan ditawarkan kepada pengguna seperti TikTok Stories.

Terkini, Tiktok sudah menawarkan fungsi seakan Instagram Stories kepada sejumlah pengguna di dalam tempoh ujian ini.

TikTok Sahkan Sedang Menguji Fungsi Seakan Instagram Stories Kepada Pengguna

Hanya Setahun Sejak Diperkenalkan, Twitter Umum Tamatkan Fungsi Fleet Secara Rasmi

Sumber
Exit mobile version