Baru sahaja Twitter menyingkirkan fungsi story tersendiri yang dikenali sebagai ‘Fleet’, kini TikTok pula telah mengesahkan berkenaan ujian fungsi story versi tersendiri yang dinamakan sebagai TikTok Stories.

Buat masa ini, fungsi ini masih dalam fasa pembangunan dan hanya boleh diakses oleh sebilangan pengguna yang terpilih sahaja. TikTok Stories menawarkan fungsi yang lebih kurang sama seperti Instagram dan Snapchat.

Menurut Matt Navarra, fungsi TikTok Stories sama sahaja seperti fungsi story di platform yang membolehkan pengguna untuk melihat story akaun yang diikuti sebelum ia akan hilang secara automatik dalam tempoh 24 jam. Pengguna juga boleh memberi komen atau reaksi secara langsung menerusi fungsi ini.

Fungsi TikTok Stories ini boleh diakses dengan swipe ke kiri di bahagian halaman utama atau menekan gambar profil akaun yang diikuti. Tambahan pula, tempoh ujian fungsi baru ini belum diketahui sampai bila akan berakhir. Sama-sama kita nantikan kenyataan rasmi daripada pihak TikTok pada masa kelak.

Twitter telahpun secara rasmi membuang fungsi story versi tersendiri yang dikenali sebagai Fleet setelah kurang mendapat kurang sambutan daripada pengguna.

Hanya Setahun Sejak Diperkenalkan, Twitter Umum Tamatkan Fungsi Fleet Secara Rasmi

TikTok Perli Instagram Selepas Hasilkan Aplikasi Pencabar

Sumber