Kita sudahpun tahu pakej tablet yang diberikan menerusi program PerantiSiswa buat pelajar yang layak. Jika sebelum ini dilaporkan tablet perlu dipulangkan semula selepas tamat pembelajaran, kini kerajaan telah mengambil keputusan berbeza dengan memberi terus tablet ini kepada para pelajar.
Dengan langkah ini, semua penerima boleh menyimpan terus tablet PerantiSiswa ini selepas tamat pembelajaran. Malah, para pelajar boleh memanfaatkan tablet tersebut setelah memasuki alam pekerjaan juga. Spesifikasi tablet ini juga antara yang terbaik yang boleh didapatkan di dalam pasaran hari ini.
Buat anda yang masih belum memohon lagi, kini boleh merebut peluang dengan memohon menerusi laman web rasmi PerantiSiswa Keluarga Malaysia. Permohonan PerantiSiswa telahpun dilanjutkan sehingga 30 September ini.
Antara yang hangat terkini adalah Maxis dan U Mobile dikatakan tidak berminat mendapatkan pegangan DNB.
Syarikat Telekomunikasi Utama Dijangka Tawarkan Servis Rangkaian 5G Seawal September 2022