Sumber Gambar: Denver Westword

The Halal Guys Tawarkan Bekalan Makanan Seumur Hidup Secara Percuma Menerusi Peraduan NFT

The Halal Guys merupakan restoran halal terkemuka terutamanya di Amerika Syarikat. Rangkaian restoran ini sangat terkenal dengan keenakan hidangan seperti gyros, falafel dan banyak lagi. Ini membuatkan mereka mempunyai sejumlah cawangan serta peminat di serata dunia ketika ini.

Dalam mengikuti trend terkini, kini The Halal Guys juga mahu turut serta dunia NFT dengan mengadakan peraduan menerusinya. Peraduan ini dicipta sempena majlis pembukaan restoran ke-100 mereka di Pittsburgh. Menerusi peraduan ini, para pelanggan perlu mengunjungi dan makan di kesemua 100 cawangan The Halal Guys untuk dinobatkan sebagai pemenang.

Sumber Gambar: A Fat Girl Guide

Hadiah yang ditawarkan cukup lumayan buat mereka kerana para pemenang bakal menerima token digital yang dijadikan sebagai pas bekalan gyros seumur hidup yang diidamkan oleh para peminatnya.

Selain mendapat bekalan gyros seumur hidup, pemenang juga telah melayakkan ke dalam kumpulan khas yang dikenali sebagai Century Club dan menerima hadiah eksklusif. Pakej tersebut termasuklah barangan edisi terhad seperti topi khas The Halal Guys, Century Coin Club, perhiasan meja 3D dan karya digital NFT.

Setakat ini, didapati terdapat seorang peminat yang sudah mengunjungi sekitar 22 lokasi restoran tersebut. Nampaknya NFT sekali lagi menjadi tarikan utama dalam mempromosikan sesebuah restoran dan fenomena metaverse juga dijangka bakal menyusul untuk menawarkan barangan maya kepada peminat dalam beberapa tahun lagi.

Sebelum ini, terdapat juga sebuah restoran makanan yang sedia menghadiahkan Bitcoin bagi setiap pembelian burger.

Mahu Tarik Perhatian Pelanggan, Restoran Ini Hadiahkan Bitcoin Bagi Setiap Pembelian Burger

Sedia Ikuti Trend Semasa, McDonald’s Rancang Untuk Buka Restoran Maya Dalam Metaverse

Exit mobile version