Seperti yang kita sedia maklum, aktiviti melombong kriptowang memerlukan sumber tenaga elektrik yang tinggi. Hal ini sekaligus berlakunya sejumlah siri kecurian elektrik berskala besar yang berjaya dikesan oleh pihak berkuasa tempatan sejak kebelakangan ini.

Menerusi laporan Reuters, syarikat Tesla yang cukup dikenali sebagai pembangun kereta elektrik swapandu telah berkerjasama dengan syarikat berkaitan pembayaran digital dan blockchain iaitu Block dan Blockstream untuk membangunkan sebuah lokasi yang berupaya untuk membolehkan mereka melombong kriptowang menggunakan tenaga solar.

Sumber Gambar: CNBC

Kolaborasi ini diutarakan oleh Block dan juga Blockstream terlebih dahulu yang mengatakan mereka mahu membangunkan sebuah lokasi melombong Bitcoin yang menggunakan tenaga solar untuk melombongnya.

Tesla telah dijemput untuk berkolaborasi bersama kerana mempunyai kepakaran dan kemampuan untuk membantu dari segi penawaran teknologi tenaga solar. Selain itu, syarikat Tesla dilihat bakal melabur dalam kolaborasi ini dengan menawarkan bateri solar Megapack mereka.

Infrastruktur melombong kriptowang ini juga berkemungkinan besar akan dibangunkan di Texas yang kini menjadi fokus sebagai hab teknologi dan automotif kebelakangan ini.  Malah, Tesla juga dilihat bakal memberikan kerjasama yang baik memandangkan mereka pernah meluahkan kebimbangan terhadap alam sekitar yang terjejas akibat aktiviti perlombongan kriptowang.

Sementara itu, tahukah anda pemilik Tesla iaitu Elon Musk kini muncul sebagai individu dengan pegangan saham terbesar di Twitter?

Miliki 9.2% Pegangan, Elon Musk Berjaya Muncul Sebagai Pemegang Saham Terbesar Twitter

Ekoran Gangguan Rangkaian Selepas Serangan Rusia, Elon Musk Lancarkan Internet Starlink Ke Ukraine

Sumber