Seperti ramai sedia maklum, kereta moden yang dikeluarkan pada ketika ini sering kali hadir dengan fungsi keyless entry dan push start button. Hal ini secara tidak langsung membuatkan orang ramai tidak perlu lagi membuka atau menghidupkan kereta menggunakan kunci fizikal.

Situasi yang sama berlaku pada Tesla di mana mereka telah memperkenalkan Tesla Key dalam memudahkan pengguna Tesla membuka dan menghidupkan kereta.

Tesla Key
Sumber: insideEVs

Hadir dalam bentuk kad atau kereta kecil, nampaknya terdapat pengguna Tesla yang memilih cara yang lebih ekstrim dalam ‘memudahkan’ kereta Tesla beliau dapat diakses.

Menerusi perkongsian pengguna Twitter Brandon Dalaly, beliau memilih untuk ‘menanam’ Tesla Key dengan cara inplant ke dalam tangan beliau. Hasilnya, beliau berpeluang unlock kereta beliau semudah tap seakan bayaran payWave sahaja.

Menerusi perkongsian, difahamkan beliau memilih untuk menanam Tesla Key pada tangan kanan beliau menerusi bantuan individu yang terkenal dalam menghasilkan tatu dengan caj bernilai $400 (~RM1,795).

Penggunaan cip NFC yang dimasukkan ke dalam tangan didakwa tidak merbahaya serta tidak memberi sebarang kesan buruk kepada kulit.

Untuk pengetahuan, ini bukanlah kali pertama Dalaly memilih untuk menanam cip dalam tangan beliau. Sebelum ini, beliau turut menanam cip melibatkan maklumat melibatkan rekod kesihatan, maklumat diri serta vaksin COVID-19 pada tangan kiri beliau.

Dalaly juga turut pernah menanggung risiko apabila cip pertama yang dimasukkan itu terbakar sekaligus membuatkan tangan beliau sakit selama sebulan.

Tular pada minggu ini apabila wanita ini mendakwa wang dalam akaun bank beliau sebanyak RM11,688 dikatakan hilang dalam tempoh 2 saat sahaja.

Wanita Ini Dakwa Hilang Wang Dalam Akaun Bank Berjumlah RM11,668 Dalam Masa 2 Saat Sahaja

‘Terjerat’ Dalam Pinjaman 36 Bulan Beli iPhone, Penyewa Dedah Punca Gagal Bayar Sewa Rumah