Tesla Dilaporkan Jual 75% Pegangan Bitcoin Pada Harga Mencecah RM4.17 Bilion

Sekitar Februari tahun lalu, Tesla dilabel sebagai sebuah syarikat yang genius apabila berjaya melabur dalam Bitcoin dalam jumlah yang besar iaitu RM6.09 bilion. Pelan pelaburan mereka dianggap bijak oleh orang ramai selepas harga Bitcoin terus mencatat paras harga tertinggi tidak lama kemudian.

Dalam pada itu, langit tidak selalu cerah, syarikat kereta popular ini juga turut menerima kesan daripada kejatuhan kriptowang apabila hampir semua kriptowang mengalami crypto crash sekaligus menjatuhkan harga kriptowang. Sebagai rekod, Bitcoin yang pernah mencecah paras harga tertinggi $69,000 (~RM307,460) kini sekadar bernilai sekitar $23,280 (~RM103,740) sahaja.

Terbaharu, Tesla menerusi laporan kewangan mereka mendedahkan syarikat ini telah menjual 75% pegangan Bitcoin mereka bernilai $936 juta (~RM4.17 juta).

Penjualan yang dilakukan membuatkan syarikat Tesla rugi dalam pelaburan yang dilakukan setahun lalu namun berjaya meningkatkan keuntungan dalam laporan kewangan syarikat Tesla. Sementara itu, Tesla dilaporkan masih lagi memegang baki 25% Bitcoin yang dibeli serta kriptowang Dogecoin.

Difahamkan syarikat ini mulai melabur pada Bitcoin pada paras harga sekitar $32,000. Penjualan pada paras harga ketika ini membuatkan syarikat ini kerugian sekitar 30-40%. Penjualan Bitcoin daripada Tesla ini juga memberi impak besar dalam pasaran kriptowang.

Sehubungan dengan itu, orang ramai diingatkan untuk tidak melabur secara besar-besaran dalam instrumen yang penuh berisiko ini kerana berkemungkinan bakal mengalami nasib yang sama. Rekod sebelum ini memperlihatkan kriptowang antara instrumen pelaburan yang melihatkan peningkatan harga yang berlipat ganda dan begitu juga dengan kejatuhannya yang sangat mendadak.

Telefon pintar yang penuh dengan hype iaitu Nothing Phone (1) sedia ditawarkan buat pasaran Malaysia dengan harga RM2,399 bermula 1 Ogos ini.

Nothing Phone (1) Sedia Ditawarkan Di Malaysia Dengan Harga RM2,399 Bermula 1 Ogos Ini

Dikritik Masih Guna iPhone Yang Retak, Ini Jawapan ‘Ringkas’ Riyad Mahrez Kepada Netizen

Sumber
Exit mobile version