Sehingga ke hari ini, konsol PlayStation 5 masih tetap kekurangan stok sementara permintaan global semakin meningkat. Para peminat masih berhasrat mahu mendapatkan konsol tersebut kerana mempunyai pelbagai seleksi games terkemuka dengan grafik bergred AAA.

Oleh itu, Sony baru sahaja mengumumkan peningkatan harga jualan untuk PlayStation 5 mereka termasuklah untuk pasaran Malaysia. Dengan peningkatan ini, PlayStation 5 kini dijual pada harga RM2,499 dalam masa yang sama PlayStation 5 Digital Edition pula dijual pada harga RM2,069.

Sumber Gambar: Youtube

Hal ini sekaligus memperlihatkan perningkatan harga sebanyak RM200 berbanding sebelum ini di mana PlayStation 5 dijual pada harga RM2,299 dan  PlayStation 5 Digital Edition sekitar RM1,869 sahaja. Penetapan harga ini telah berkuat kuasa serta-merta di negara-negara dalam rantau Asia Tenggara.

Antara punca peningkatan harga ini dibuat oleh pihak Sony adalah disebabkan oleh kadar inflasi yang tinggi serta pertukaran wang. Sony PlayStation 5 sememangnya sukar untuk didapati di dalam pasaran ketika ini.

Dengan peningkatan harga ini, masih belum diketahui sama ada peminat masih mahu mendapatkan konsol popular itu atau sebaliknya. Bagaimanapun, pihak Sony mengatakan mereka sedang bertungkus lumus untuk memenuhi permintaan global untuk PS5.

Selain itu, PS5 Pro pula dijangka bakal ditawarkan seawal tahun 2023 dengan sokongan resolusi permainan mencapai 8K.

Bakal Ditawarkan Seawal 2023, PS5 Pro Dijangka Hadir Dengan Sokongan Resolusi Permainan Sehingga 8K

Cemerlang Sepanjang 2020, Syarikat Ini Hargai Pekerja Dengan Hadiahkan PS5, iPhone Dan Kad Grafik

Sumber