Sumber Gambar: Facebook

Tan Sri Annuar Musa Memperlihatkan Tablet PerantiSiswa Beserta Keyboard Dan Pen Stylus

Setelah sekian lama dinantikan oleh para pelajar IPTA dan IPTS, kini mereka boleh menarik nafas lega kerana sudah menerima berita terkini berkenaan program PerantiSiswa.

Tan Sri Annuar Musa, kini telah berkongsi gambar awal untuk peranti yang bakal ditawarkan melalui  inisiatif Peranti Siswa. Seperti dimaklumkan sebelum ini, kerajaan akan menawarkan tablet berjenama Samsung, iaitu Galaxy Tab A8 dibawah program ini.

Sumber Gambar: Facebook
Dengan tablet ini, ia membantu para pelajar di IPTA dan IPTS dari golongan B40 untuk meneruskan pembelajaran pada era digital kini. Melalui gambar yang diperlihatkan, terdapat tablet Galaxy Tab A8 bersama papan kekunci dan juga sebuah pen stylus.

Di samping itu, terdapat juga penawaran sebuah kerangka luar yang dinamakan Book Cover. Untuk waranti pula, Galaxy Tab A8 untuk program PerantiSiswa ini didatangkan dengan waranti 24 bulan. Manakala papan kekunci, stylus, bateri dan pengecas pula mempunyai waranti selama 12 bulan.

Kerajaan akan mula mengedarkan Peranti Siswa ini bermula daripada esok kepada mereka yang berkelayakkan dan yang telah memohonnya. Sekiranya anda masih belum mendaftar, permohonan masih boleh dibuat sehingga 30 September ini menerusi laman web rasmi PerantiSiswa Keluarga Malaysia .

Selain itu, pihak K-KOMM menjangkakan syarikat telekomunikasi utama bakal menawarkan servis rangkaian 5G seawal September 2022.

Syarikat Telekomunikasi Utama Dijangka Tawarkan Servis Rangkaian 5G Seawal September 2022

Maxis Dan U Mobile Tidak Berminat Mendapatkan Pegangan DNB

Sumber
Exit mobile version