Berbaki beberapa hari sahaja lagi sebelum permohonan program PerantiSiswa sedia dibuka buat golongan pelajar daripada keluarga B40. Penawaran tablet ini dijangkakan dapat memudahkan golongan pelajar yang terpilih dalam melakukan tugas secara digital dan dalam talian.
Berdasarkan laporan, seramai 400,000 pelajar dijangka bakal menerima tablet ini menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa di mana permohonan tablet ini sedia dibuka bermula 15 April ini.
Terbaharu, program PerantiSiswa dimaklumkan bakal menggunakan konsep seakan Skim Pinjaman Buku Teks. Dalam erti kata lain, para pelajar perlu memulangkan tablet yang dipinjam selepas tamat pembelajaran kepada pusat pengajian.
Peranti yang ditawarkan juga sedia hadir dengan jaminan di mana sekiranya berlaku sebarang kerosakan, para pelajar boleh mendapatkan peranti yang baharu.
Setakat ini, masih belum diketahui model manakah yang menjadi pilihan pihak kerajaan. Dalam pada itu, pihak kerajaan menjanjikan tablet yang bakal ditawarkan sedia dilengkapi dengan skrin paparan 10.1-inci, RAM 4GB beserta pen stylus. Sama-sama kita nantikan 15 April ini dalam mengetahui model manakah yang menjadi pilihan
Pada minggu lalu, pihak K-KOMM telah memberi bayangan tablet yang bakal ditawarkan buat para pelajar yang terpilih menerusi program PerantiSiswa.
K-KOMM Beri Bayangan Tablet Yang Bakal Ditawarkan Menerusi Program PerantiSiswa
Aplikasi Touch ‘n Go eWallet Sedia Tawarkan Skim Pinjaman Peribadi Mencecah RM10,000
Berbekalkan Headphone Razer Kraken, Nyawa Lelaki Ini Terselamat Daripada ‘Peluru Sesat’