Kriptowang dilihat sudah mendapat penerimaan di seluruh dunia dan saban hari popularitinya kian melonjak naik di kalangan para pelabur. Jumlah keseluruhan pengguna kriptowang kini telah melangkaui angka 300 juta pengguna di seluruh dunia. Hal ini sekaligus telah menunjukkan peningkatan jumlah ATM Bitcoin yang dipasang secara global.
Sektor ini mempamerkan perkembangan yang sangat pesat dan dijangka akan berterusan mengikut peredaran teknologi semasa. Oleh itu, mari kita bahaskan bagaimana ATM Bitcoin ini berfungsi dan manfaat yang boleh diterima oleh para pengguna di luar sana.
ATM Bitcoin
ATM Bitcoin atau juga dikenali sebagai BTM merupakan sebuah mesin terminal yang membolehkan anda membeli aset atau mengeluarkan kriptowang seperti BTC, ETH dan sebagainya. Kebanyakkan BTM anda hanya boleh membeli kriptowang sahaja malah ada yang menawarkan fungsi dua hala yang membolehkan anda menjual atau membeli sekaligus.
Sebahagian pembekal mesin juga membenarkan pengguna membuka akaun kriptowang untuk berurus niaga menerusinya atau mengeluarkan wang daripada urusan dagangan tersebut. Anda boleh pilih sama ada mahu membeli kriptowang menggunakan wang tunai atau kad debit pada mesin tersebut.
Meskipun BTM berfungsi seperti ATM biasa, ia memerlukan akses internet yang membolehkan untuk menjual atau membeli kriptowang menerusi ke pertukaran atau wallet crypto. Malah, BTM kini bertindak sebagai alat pertukaran kriptowang fizikal yan memudahkan urusan jual beli secara tunai menerusinya.
Di samping itu, terdapat komisen yang dikenakan oleh ATM berkenaan yang mana bergantung kepada pembekal mesin itu. Secara kasarnya, anda boleh dikenakan cas komisyen sekitar 5% sehingga 10% untuk setiap urusan yang dilakukan.
Antara negara yang mempunyai BTM ini secara meluas termasuklah Amerika Syarikat, Kanada, Sepanyol dan lain-lain lagi. Menariknya, Malaysia juga tidak terkecuali dengan perkembangan mesin ini di mana terdapat beberapa lokasi yang sudah mempunyai BTM dan beroperasi bagi kegunaan pengguna tempatan.
Difahamkan terdapat had transaksi yang berbeza bagi setiap mesin BTM mengikut jenis mesin dan pembekal perkhidmatan. Lazimnya, transaksi minimum serendah RM50 dalam sehari sementara nilai maksimum pula boleh mencecah sehingga RM3,000 ke RM5,000 sehari bagi akaun masing-masing.
Manfaat ATM Bitcoin
1. Urusan transaksi lebih pantas
Secara umumnya, pertukaran kriptowang dalam talian tradisional memerlukan lebih banyak masa untuk menyelesaikan satu-satu transaksi tersebut. Transaksi dalam talian memerlukan pihak ketiga mengesahkannya yang sekaligus bakal memakan masa yang lama. Akan tetapi, dengan kehadiran mesin BTM ini, masa transaksi dapat disingkatkan menerusinya.
2. Senang digunakan
Seperti mesin ATM tradisional, BTM juga membolehkan pengguna mengeluarkan wang tunai dan membuat deposit menerusinya. Walaupun kedua-dua mesin mempunyai fungsi yang berbeza, penampilan dan kemudahan pengendalian yang sama boleh menarik ramai orang kepada mesin BTM berkenaan.
3. Keselamatan terjamin
ATM kriptowang biasanya dikendalikan oleh pengendali terkenal dengan entiti perniagaan yang sah. Mereka mempunyai alamat perniagaan, sokongan pengguna dan emel yang disediakan. Ini membuatkan pengguna lebih selesa dan terjamin keselamatan dalam melakukan transaksi melaluinya.
Pada hari ini, kriptowang sudah mulai diterima sebagai medium pembayaran yang sah di sejumlah negara yang mana membolehkan transaksi dibuat untuk pembelian barangan di dalam seharian. Kehadiran ATM kriptowang sudah pastinya bakal diperluaskan kelak termasuklah di Malaysia.
Tahukah anda metaverse juga sedang hangat diperkatakan yang sekaligus telah mendorong nilai token NFT melonjak naik dengan drastiknya?
Populariti Metaverse Berjaya Dorong Token NFT Meningkat Sehingga 42% Sejak Bulan Lalu
adidas Sahkan Kerjasama Dengan Syarikat Coinbase Untuk Sertai Metaverse