Sumber Gambar: Tech Advisor

Sony Xperia 1 III Bakal Ditawarkan Pada Harga RM5,799 Di Malaysia

Pernah menjadi antara jenama pilihan utama pengguna, Sony dilihat masih lagi konsisten dalam menawarkan telefon pintar terbaru. Kamera yang hebat ditawarkan pada telefon pintar membuatkan model keluaran jenama ini kekal releven sehingga kini.

Pada minggu ini, Sony Malaysia telah menyenaraikan sebuah model terbaru iaitu Xperia 1 III. Model ini merupakan telefon pintar flagship yang menawarkan pelbagai fungsi yang menarik pada harga yang premium.

Sumber: Engadget

Dari segi spesifikasi, Sony Xperia 1 III ini hadir dengan skrin bersaiz 6.5-inci OLED pada resolusi 4K serta sokongan refresh rate 120Hz. Model ini dijana oleh cip pemprosesan Snapdragon 888 dengan sokongan memori storan 12GB RAM serta storan dalaman yang boleh ditambah menggunakan mikroSD sehingga 1TB.

Sumber Gambar: Provideo coalition

Perkara yang menarik mengenai bahagian kamera pada kali ini adalah sokongan lensa kamera daripada Zeiss dengan sensor utama 12MP, 12 MP telefoto dan 12 MP ultrawide. Turut disediakan butang pada bahagian tepi untuk memudahkan pengguna mengambil gambar.

Model terbaru ini sedia ditawarkan oleh Sony Malaysia pada harga RM5,799. Pasti ramai peminat Sony dan fotografi tidak sabar untuk melihat penawaran model ini di Malaysia tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikan tarikh rasmi pra-tempahan yang akan diumumkan oleh Sony nanti.

Sony pernah menawarkan model Xperia Pro pada harga yang tidak masuk akal untuk pengguna marhaen.

Setanding Dua iPhone 12 Pro, Sony Perkenalkan Xperia Pro Dengan Harga RM10,107

Baru Seminit Dibuka Pra-Tempahan, PlayStation 5 ‘Sold Out’ Di Laman Sony Malaysia

Sumber
Exit mobile version