Syarikat gergasi dari Jepun iaitu Sony yang terkenal dengan bermacam jenis peranti dan gajet eletronik bakal mengeluarkan Walkman edisi terhad iaitu SONY NW-A100TPS bagi meraikan ulang tahun yang ke-40 peranti ini.

Untuk pengetahuan anda, Sony pertama kali mengeluarkan Walkman pada tahun 1979 sebelum pengeluarannya dihentikan pada tahun 2012 selepas 33 tahun berada di pasaran.

Bagi edisi kali ini, ia menjanjikan sesuatu kelainan dengan rekaan menarik serta sentuhan unik pada mid-tones dan bass. Selain itu, peranti ini menggunakan kemampuan digital sepenuhnya dan ketahanan hayat bateri selama 26 jam serta dilengkapi dengan 16GB ruang penyimpanan.

Dalam iklan yang dipaparkan di akaun YouTube rasminya, Sony menampilkan pelbagai rekaan bagi edisi Walkman kali ini. Bagi separuh tahun pertama 2019 sahaja, hampir 35,000 kaset sudah terjual di UK. Bagi anda yang ingin kembalikan nostalgia menggunakan Walkman, ia akan berada di pasaran pada November nanti dan dijual dengan harga £400 (~RM2,064.04).

Jangan lepaskan peluang untuk memiliki Walkman edisi terhad ini. Klik artikel di bawah untuk lebih banyak info mengenai Sony serta produk keluaran terbaharunya.

https://www.thevocket.com/sony-umumkan-senarai-penuh-permainan-video-klasik-untuk-playstation-classic/

https://www.thevocket.com/the-reon-pocket/

https://www.thevocket.com/sony-kongsikan-spesifikasi-bagi-konsol-playstation-5/

Sumber