Sekiranya anda membesar pada zaman sekitar 90an, pastinya anda cukup tahu di mana model Sony Walkman sering kali menjadi pilihan orang ramai untuk berhibur sambil mendengar lagu pilihan menerusi radio mahupun kaset.

Perkembangan teknologi telefon pintar walau bagaimanapun telah membuatkan Sony Walkman sering dilupakan ramai. Dalam pada itu, model Sony Walkman yang mulai diperkenalkan pada tahun 1979 ini nampaknya masih mempunyai peminat tersendiri sehingga ke hari ini.

Terbaharu, pihak Sony telah melancarkan dua model terbaru Walkman menerusi model Sony Walkman NW-WM1ZM2 dan Sony Walkman NW-WM1AM2 khusus buat mereka yang mahukan pengalaman mendengar audio terbaik.

Dari segi perbezaan bagi kedua-dua buah model ini, model Sony Walkman NW-WM1AM2 diperbuat daripada kerangka aluminium manakala model Sony Walkman NW-WM1ZM2 dilengkapkan dengan material yang lebih premium menerusi penggunaan Oxygen-Free Copper (OFC).

Difahamkan penggunaan material premium ini bukan sahaja menawarkan kemasan yang baik serta binaan yang baik buat para pengguna namun turut membantu dalam menawarkan kualiti audio terbaik buat para pengguna. Pihak Sony dilaporkan turut menggunakan bahan pateri yang mengandungi emas khusus buat model terbaru mereka ini.

Sokongan codec audio terdiri daripada DSEE Ultimate dan High-Res Audio antara yang ditawarkan tanpa mengambil kira sumber audio pengguna.

Sony Malaysia dilaporkan sedia membawa masuk dua model ini menerusi pra-tempah di mana para pengguna berpeluang menempahnya seawal pertengahan Mac dan dijangka bakal dijual secara rasmi menjelang April kelak.

Mengulas dari segi harga, Sony Walkman NW-WM1AM2 bakal dijual dengan harga RM5,499 manakala Sony Walkman NW-WM1ZM2 sedia hadir dengan harga yang lebih premium khusus buat para peminat dengan tanda harga RM14,999. Para pengguna turut berpeluang mendapatkannya secara atas talian menerusi Jaben Malaysia di Shopee.

Tular pada minggu ini apabila Mark Zuckerberg dilaporkan bercadang menutup Facebook di Eropah sekiranya gagal dapatkan data pengguna.

Mark Zuckerberg Cadang Penutupan Facebook Di Eropah Sekiranya Gagal Dapatkan Data Pengguna

Kerajaan Turki Umum Hukum Kunjungi Kaabah Dalam Dunia Meta Bagi Menunaikan Haji

Sumber