Shopee Hanya Tawarkan Baucar Penghantaran Percuma Kepada RM3 Sahaja

Shopee sedia menawarkan baucar penghantaran percuma untuk barangan yang biasanya perlu ditebus terlebih dahulu sebelum digunakan oleh para pelanggan sewaktu membeli. Namun begitu, pada kali ini pihak Shopee dilihat melakukan sedikit perubahan bagaimana baucar penghantaran percuma ini berfungsi.

Menerusi beberapa baucar baharu yang disediakan, Shopee kini mengehadkan baucar penghantaran percuma kepada hanya RM3 untuk Semenanjung Malaysia dan RM8 untuk Sabah dan Sarawak. Sebagai contoh, sekiranya kos penghantaran adalah RM10, maka anda hanya menerima diskaun sebanyak RM3 sahaja dan bakinya iaitu RM7 perlu dibayar sendiri.

Sumber Gambar: Shopee

Penggunaan baucar ini juga tertakluk kepada pembelian minima sebelum dapat menggunakannya. Setakat ini, masih tidak diketahui sama ada perubahan ini hanya untuk tempoh tertentu sahaja atau kekal digunakan selepas ini.

Dengan perubahan baharu ini, adakah anda akan masih kekal menggunakan platform Shopee selepas ini atau beralih ke platform lain pula? Malah, terdapat jangkaan pihak Shopee juga mungkin bakal kurangkan penawaran baucar selepas ini.

Ikuti juga perkembangan Yoodo yang dilaporkan akan terus beroperasi seperti biasa walaupun berlaku gabungan syarikat utama Celcom dan Digi.

Yoodo Dilaporkan Akan Terus Beroperasi Seperti Biasa Dan Bakal Perkenalkan Lebih Banyak Tawaran Baharu

6 Syarikat Telekomunikasi Di Malaysia Bersetuju Sertai DNB Untuk Pelaksanaan 5G

Sumber
Exit mobile version