Sebelum ini kita telah dimaklumkan oleh SKMM bahawa salah satu syarat penggabungan kedua-dua syarikat telekomunikasi Celcom dan Digi adalah Yoodo perlu dijual atau ditutup sepenuhnya.

Lanjutan daripada itu, kini pihak Yoodo telah berkongsi lanjut berkenaan perkara tersebut. Yoodo menegaskan pengguna tidak perlu risau lagi kerana syarikat mereka akan tetap beroperasi seperti biasa.

Sumber Gambar: The Edge Markets

Tambahan pula, Yoodo juga mengatakan yang mana mereka akan hadir dengan penawaran produk-produk lebih inovatif dan penawaran menarik termasuklah merangkumi segmen eSukan dan K-Pop.

Sekiranya terdapat sebarang perubahan pada masa kelak, pihak Yoodo akan memaklumkan kepada semua pelanggan yang dihormati. Jadi, para pengguna kini boleh menarik nafas lega kerana masih boleh menikmati perkhidmatan Yoodo buat masa ini walaupun syarikat Digi dan Celcom sudah dalam proses gabungan.

Dalam pada itu, terdapat enam syarikat telekomunikasi tempatan dilaporkan sudah bersetuju sertai DNB untuk pelaksanaan 5G.

6 Syarikat Telekomunikasi Di Malaysia Bersetuju Sertai DNB Untuk Pelaksanaan 5G

Perak Sasarkan 98 Tapak Rangkaian 5G Menjelang Oktober 2022

Sumber