Shopee sedia menawarkan beberapa ciri menarik menerusi platformnya seperti Shopee Live, Shopee Feed dan Shopee Games untuk meningkatkan jumlah pengguna serta meluangkan masa lebih lama di platform mereka . Kini, Shopee dikesan sedang menguji sesebuah ciri terbaharu yang dikenali sebagai Shopee Video.
Ciri Shopee Video ini bakal menawarkan antara muka yang kita sering lihat di aplikasi TikTok yang mana bakal memaparkan video secara menegak dan pengguna boleh swipe ke bawah untuk melihat video yang berikutnya. Difahamkan ciri ini sedang diuji kepada pengguna terpilih yang berada Indonesia setakat ini.
$SE's Shopee rolled out a TikTok/Instagram Reels-like feature called Shopee Video.
It's an in-app feature inside the Shopee app. Currently only available for some users.
Information and picture from Multi I.N. pic.twitter.com/KycZ93zOnA
— From Growth To Value (@FromValue) November 14, 2021
Shopee Video merupakan salah satu cara mereka boleh menarik ramai orang untuk menggunakan platfrom mereka sementara melayari barangan yang ingin dibeli sekaligus. Tidak mustahil ciri ini bakal ditawarkan pula untuk pengguna di Malaysia memandangkan mempunyai jumlah pengguna yang besar pada saban hari.
Dalam pada itu, anda juga boleh mengetahui cara-cara menyemak jumlah perbelanjaan sepanjang menggunakan platform Shopee.
Lelaki Ini Kongsi Cara-Cara Semak Jumlah Perbelanjaan Sepanjang Menggunakan Shopee
Wanita Ini Kongsi Cara-Cara Buang Rating Negatif Dengan Betul Di Shopee