Google Fit iOS terbaharu membolehkan pengguna iPhone mengukur degupan jantung dan juga kadar pernafasan menggunakan kamera peranti sahaja. Sebagai pengguna iPhone, anda perlu mengetahui cara ukur degupan jantung dan kadar pernafasan menerusi ciri baharu yang tersedia.
Kemas kini baharu menawarkan dua pilihan di mana anda boleh mengukur kadar degupan jantung melalui kamera belakang dan kadar pernafasan melalui kamera hadapan dengan mudah. Mari kita pelajari cara menggunakan kedua-dua ciri ini dengan betul untuk mendapatkan hasil bacaannya.
Cara ukur degupan jantung menggunakan kamera belakang
1. Pertama sekali, anda hanya perlu membuka aplikasi Google Fit dan perlu slide ke bawah untuk melihat bahagian Check your heart rate untuk ukur degupan jantung dan klik padanya.
2. Menerusi Check your heart rate, anda hanya perlu mengaktifkannya dan meletakkan jari di kamera belakang selama 30 saat untuk Google Fit mengambil kiraan degupan jantung anda.
Anda juga diingatkan untuk berada di tempat yang cerah atau boleh menghidupkan lampu LED pada kamera belakang sekiranya di tempat kurang cahaya.
3. Setelah selesai aplikasi Google Fit mengambil kiraan degupan jantung anda, hasil dapatan tersebut akan dipaparkan untuk rujukan peribadi.
Cara ukur kadar pernafasan menggunakan kamera hadapan
1. Menerusi aplikasi Google Fit juga, anda boleh klik pada Track your respiratory rate untuk ukur kadar pernafasan dan ikuti arahan yang diberikan bagi langkah pengaktifannya.
2. Anda perlu mengambil mengambil swafoto untuk menganalisis pergerakan dada anda dan informasi keputusana analisis akan dipaparkan pada skrin. Google Fit mampu mengenal pasti kadar pernafasan berkenaan walaupun dari gerakan minimal seseorang.
Menariknya, kedua-dua ciri ini masih boleh digunakan tanpa sambungan internet. Langkah ini sekaligus memudahkan pengguna melakukan semakan kendiri dengan mudah pada bila-bila masa. Tetapi perlu diingatkan keputusan ini tidak boleh digunakan untuk tujuan perubatan serta diagnosis dan mesti mendapatkan perkhidmatan doktor bertauliah.
Bagi anda yang menggunakan iPhone, anda boleh mengemas kini atau memuat turun aplikasi Google Fit untuk menikmati dua ciri baharu ini. Selepas ini, anda boleh membuat semakan dari semasa ke semasa untuk mengetahui status kesihatan dan mendapatkan khidmat nasihat sekiranya mendapati sebarang masalah kesihatan.
Di samping itu, anda juga mesti mengetahui perbezaan ketepatan bacaan oksigen antara Smartwatch dan Pulse Oximeter mengikut pandangan pakar.
Perbezaan Ketepatan Bacaan Oksigen Antara Smartwatch Dan Pulse Oximeter
6 Gajet Kesihatan Yang Perlu Ada Di Setiap Rumah Ketika Pandemik COVID-19