Selepas Terima Amaran Oleh SC, Aplikasi Binance Sudah Tidak Lagi Ditawarkan Di App Store

Tular sekitar dua minggu lalu apabila Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas Binance kerana mengendalikan bursa aset digital (DAX) secara haram di Malaysia.

Hal ini turut membuatkan para pelabur kriptowang panik sekaligus mengambil langkah lain dalam memudahkan pembelian, penjualan aset mereka pada masa akan datang. Dalam pada itu, selepas amaran dikeluarkan SC, aplikasi ini dilihat tidak lagi ditawarkan di App Store buat pengguna Malaysia.

Meskipun aplikasi ini masih lagi dapat diakses pengguna yang pernah memuat turun dan menyimpan aplikasi Binance, aplikasi ini didapati tidak lagi menawarkan pertukaran aset MYR kepada aset kripto yang lain secara terus. Sebaliknya, pertukaran pasangan sesama kriptowang masih lagi dibenarkan setakat ini.

Buat para pelabur yang mahu berjinak dalam membeli kriptowang berpeluang menggunakan beberapa aplikasi yang disahkan SC seperti Luno, Tokenize dan Sinergy.

Ketahui lebih lanjut mengenai isu yang berlaku antara SC dan Binance dengan klik pautan di bawah.

Suruhanjaya Sekuriti Mengarahkan Binance Menutup Akses Platform Laman Web Dan Aplikasi Di Malaysia

‘Terbuang’ Bitcoin Bernilai RM887 Juta, Lelaki Ini Tawar Ganjaran Lumayan Jika Ia Dijumpai Semula

 

Exit mobile version