Twitter sebelum ini telah pun memfailkan saman ke atas Elon Musk dan meminta perbicaraan dipercepatkan. Twitter berpendapat bilionair tersebut sengaja memburukkan reputasi syarikat Twitter dalam usaha mendapatkan harga yang lebih murah untuk pembelian.

Terbaharu, Elon Musk pula memfailkan saman kembali ke atas Twitter. Bagaimanpun, pihak Elon Musk meminta informasi berkaitan saman ini dirahsiakan buat masa ini. Perkara ini agak mengejutkan kerena beliau sangat lantang menyuarakan pendapatnya secara terbuka di laman sosial tetapi memilih untuk merahsiakan maklumat kes saman ini.

Sumber Gambar: Reuters

Saman ini juga mungkin dibuat atas dasar mahu memulihkan reputasinya serta mendapatkan semula kepercayaan para pelabur pada syarikat yang dimiliki oleh beliau. Sehingga ke hari ini, pihak Twitter masih tidak berpuas hati dengan bilionair tersebut kerana menyebabkan pelabur mengalami kerugian dan reputasi platform terjejas sekaligus.

Perbicaraan melibatkan kes saman Twitter ke atas Elon Musk bermula pada Oktober kelak. Sementera kes perbicaraan Elon Musk menyaman Twitter ini masih belum diketahui bilakah ia akan bermula.

Antara saman lain yang diterima Elon Musk adalah dengan dakwaan menipu dalam skim piramid Doge coin.

Didakwa Menipu Dalam Skim Piramid Doge Coin, Elon Musk Disaman Dengan Nilai RM1.1 Trilion

“Saya Tidak Pernah Kata Orang Ramai Perlu Melabur Pada Kriptowang”- Elon Musk