El Salvador sekitar beberapa bulan lalu berjaya menjadi buah mulut peminat kriptowang selepas dilaporkan memilih untuk mengiktiraf Bitcoin bagi tujuan jual beli dalam negara. Keputusan yang dibuat oleh presiden berusia 41 tahun iaitu Nayib Bukele turut mendapat sokongan para peminat dan pengguna kriptowang seluruh dunia.

Dalam pada itu, langit tidak selalu cerah. Keputusan yang dibuat nampaknya turut memakan diri setakat ini selepas nilai Bitcoin dilihat semakin jatuh berbanding harga pembelian.

Selain itu, kehadiran Bitcoin dilaporkan gagal mendapat perhatian syarikat-syarikat di El Salvador di mana 90% daripada 337 syarikat di negara berkenaan memaklumkan Bitcoin tidak menawarkan impak besar terhadap jualan.

Sumber: reuters

Nilai Bitcoin yang tidak menentu juga membuatkan para peniaga kurang menggemari untuk menggunakan kriptowang ini dalam urusan seharian sekaligus membuatkan mereka lebih selesa untuk menggunakan matawang harian.

Sementara itu, presiden El Salvador, Nayib Bukele dilihat sangat optimis dengan Bitcoin dan memaklumkan akan terus melabur terhadap kriptowang berkenaan dalam usaha untuk mengatasi masalah ekonomi yang berlaku di negara beliau.

Setakat ini dilaporkan negara El Salvador menyimpan sekitar 1,801 Bitcoin yang bernilai sekitar $73.5 juta (~RM309 juta) mengikut kadar pertukaran semasa. Nasib negara ini mungkin akan berubah sekiranya Bitcoin kembali mencapai paras harga tertinggi iaitu $69,000 (~RM290,076.00) bagi 1 BTC.

Ketahui juga cara mengeluarkan duit tanpa gunakan kad di mesin ATM Maybank secara mudah dan pantas dengan klik pautan di bawah.

Mudah Dan Pantas, Ketahui Cara Keluarkan Duit Tanpa Gunakan Kad Di Mesin ATM Maybank

Legenda Sukan Skateboard Tempatan, Pa’din Musa Dilaporkan Sedang Mencari Pelapis Baharu

Sumber