Selebriti TikTok, Khaby Lame Dilantik Menjadi Duta Global Binance Secara Rasmi

Khaby Lame kini mempunyai jumlah pengikut yang paling banyak di aplikasi TikTok sekaligus menjadi selebriti terkemuka di platform tersebut. Hal ini membuatkan sejumlah syarikat terkemuka mahu berkolaborasi bersama beliau dalam memperkenalkan produk atau servis yang ditawarkan di peringkat global.

Terbaharu, Binance iaitu platform dagangan kriptowang terbesar di dunia kini dilaporkan sudah melantik Khaby Lame sebagai duta global jenama mereka. Dengan kerjasama dua nama terkemuka ini, Binance mahu meningkatkan lagi kesedaran dan penerimaan terhadap Web3 atau lebih dikenali sebagai blockchain.

Sumber Gambar: Bitcoin.com news

Khaby Lame sendiri mengakui sangat berminat untuk menerokai lebih mendalam akan dunia blockhain yang mana kolaborasi ini membolehkan beliau menerangkan subjek berkaitan dengan cara yang lebih santai. Malah, pihak Binance juga melihat beliau sebagai satu ikon global yang paling menghiburkan sekaligus menjadi pilihan untuk memecah kekeliruan berkaitan blockchain.

Memandangkan arena blockchain ini sering dianggap kompleks orang ramai, maka pilihan Khaby Lame ini dikira tepat kerana beliau dilihat mampu memberikan kefahaman dengan cara yang lebih mudah dan ringkas mengenai sesuatu perkara. Sehingga ke hari ini, orang ramai skeptikal dengan dunia blockchain yang dianggap hanyalah satu penipuan sahaja.

Baru-baru ini juga Elon Musk mengatakan tidak meminta orang ramai melabur pada kriptowang walaupun sering dilihat mempromosikannya di media sosial.

“Saya Tidak Pernah Kata Orang Ramai Perlu Melabur Pada Kriptowang”- Elon Musk

Bill Gates Tolak Melabur Pada Kriptowang Kerana Tidak Memberi Nilai Kepada Orang Ramai

Exit mobile version