Seringkali kita membaca negara China kini sedang berusaha keras dalam melebarkan jaringan e-wallet keluaran mereka kepada seluruh negara serta beberapa negara lain. Sebut mengenai e-wallet, sudah pastinya aplikasi WeChat antara yang menjadi pilihan sejumlah besar pengguna di China.

Terbaharu, para netizen seolah kagum dengan peralihan teknologi dimana peminta sedekah ini yang sudah sediakan altenatif penerimaan secara e-wallet melalui aplikasi WeChat.

Melalui perkongsian Fazil Irwan di Facebook, altenatif yang ditawarkan ini berikutan orang ramai di Beijing seringkali menggunakan alasan tidak mempunyai tunai kerana lebih bergantung kepada aplikasi dompet digital. Penyedia kod QR sekaligus membolehkan orang ramai memberikan wang dengan cara yang paling mudah.

Perkongsian ini telah membuatkan para netizen teruja sekaligus menerima lebih 16 ribu shares di Facebook. Siapa sangka, peralihan teknologi ini mampu membuatkan peminta sedekah hadir dengan kaedah baru memohon wang daripada orang ramai.

Sebelum ini, Mark Zuckerberg pernah mengakui beliau menyesal tidak mengikuti langkah WeChat. Turut dikongiskan, 10 fungsi hebat WeChat yang ramai tidak tahu.

https://www.thevocket.com/mark-zuckerberg-akui-menyesal-tidak-mengikuti-langkah-wechat/

https://www.thevocket.com/sering-dianggap-aplikasi-murahan-ini-10-fungsi-hebat-wechat-yang-ramai-tidak-tahu/

Sumber