Dalam usaha menjadi negara maju, kerajaan Malaysia sangat menekankan kepentingan tahap rangkaian internet dan liputan yang baik selaras dengan keperluan seharian orang ramai. Oleh itu pelbagai inisiatif yang dilakukan untuk menambah baik infrastruktur yang sedia ada ketika ini.
MEASAT-3d, satelit MEASAT yang kesepuluh telah pun berjaya dilancarkan ke angkasa lepas menggunakan roket Ariane 5 VA257 baru-baru ini. Pelancaran ini dilakukan di Pusat Angkasa Lepas di French Guiana.
MEASAT-3d ini dijangka akan membolehkan akses kepada jalur lebar berkelajuan tinggi secara meluas termasuklah kawasan pedalaman, tidak menerima liputan internet rangkaian 4G atau menerusi kabel gentian optik. Satelit ini juga dijangka akan menambah baik perkhidmatan internet berkelajuan tinggi dengan muat turun 30Mbps sedia ada ke 100Mbps.
Malah, akses jalur lebar yang lebih pantas ini turut akan dimanfaatkan dalam bidang pendidikan perdagangan serta perhubungan malah untuk penggunaan arena baharu seperti teleperubatan. Pengoperasian satelit ini juga akan memberi capaian internet 100% di seluruh dengan sokongan kelajuan 100 Mbps sebelum tahun 2025.
Satelit MEASAT-3d dijangka akan menyertai satelit MEASAT-3a dan MEASAT-3b di hotslot 91.5°E dalam tempoh beberapa hari lagi dan akan diuji terlebih dahulu lebih kurang dalam tempoh sebulan ini sebelum ia dibenarkan beroperasi sepenuhnya.
Sebelum ini juga, kerajaan Kelantan telah berkongsi akan penggunaan satelit untuk meningkatkan jaringan internetnya.
Mahu Tingkatkan Jaringan Internet, Kerajaan Kelantan Umum Penggunaan Satelit
Satelit Internet Starlink Mungkin Ditawarkan Di Malaysia Seawal Tahun 2023