Samsung baru sahaja memperkenalkan sensor kamera 200-megapixel sekitar beberapa hari yang lalu. Berjaya menjadi pengeluar sensor telefon pintar terbesar, Samsung nampaknya masih mahu maju ke hadapan berbanding pesaing dengan menawarkan sensor kamera yang lebih berkuasa iaitu sebesar 576-megapixel menjelang tahun 2025 pula.
Ini bukanlah kali pertama kenyataan yang dibuat oleh Samsung berkenaan sensor yang bersaiz besar ini memandangkan pada tahun lepas mereka sudah merancang untuk memperkenalkan kamera sebesar 600-megapixel ke dalam pasaran. Dikhabarkan sensor sebesar 576-megapixel ini sudah menyerupai seperti visual yang dilihat oleh mata manusia.
Samsung menegaskan teknologi sensor kamera yang besar ini mungkin akan ditawarkan kepada bidang automotif, realiti maya (VR) dan dron sahaja. Maka, pengguna tidak akan melihat sensor tersebut pada mana-mana peranti flagship Samsung akan datang.
Penawaran sensor berkualiti tinggi ini secara tidak langsung memberi bayangan telefon pintar keluaran Samsung akan terus ditawarkan dengan kualiti kamera yang baik.
Ketahui lebih lanjut mengenai sensor kamera 200-megapixel yang dilancarkan Samsung pada bulan ini.
Samsung Lancarkan Sensor Kamera Telefon Pintar 200-Megapixel Pertama Di Dunia
Samsung Galaxy S22 Dijangka Tawarkan Kamera Utama 200MP Hasil Kerjasama Olympus